PSPM 1


posted by Hadri Aziz

Comments Off

Assalamualikum dan salam satu Malaysia


Keputusan rasmi PSPM 1 dah keluar. Kepada yang berjaya aku ucapkan tahniah. 

Result aku mohon jangan tanya berapa sebab aku tak kan bagi tahu. Kalau boleh aku nak aku sorang je tahu. Tapi ada jugak yang dah tahu. Bohong kalau aku kata aku tak sedih dengan result aku. Dusta kalau aku kata aku tak kecewa dengan diri aku. Tipu kalau aku kata aku tak kecewakan mak aku. Aku harap mak bapak aku memahami aku. Aku tak nak mak bapak aku kecewa dengan aku. Cukup aku sendiri yang kecewa. Aku nak mak bapak aku bangga tapi aku gagal buat mereka bangga. 

Result aku cukup buat aku untuk masih belajar di KMPP. Aku cukup bersyukur dengan apa yang aku dapat. Aku bersyukur masih mampu sambung belajar. Aku bersyukur aku masih diberi peluang untuk membanggakan mak bapak aku. 

Sedih sangat kecewa tapi kenapa aku mampu senyum lagi ? Mampu bergelak ketawa lagi ? Sebab apa sebab benda dah lepas. Buat apa nak berkecewa lagi. Aku bukan jenis yang kecewa smpai tiga hari tiga malam tak makan tak bercakap. Tak aku bukan macam tu. Aku jenis yang "oh ini keputusan aku, okay bye." Lepas tu go on with life. Buang masa lah nak berduka lara ni. Enjoy hidup selagi mampu. 

La tahzan



Google+ Followers