Aku sebijik telur ayam


posted by Hadri Aziz

Comments Off


Jika kita pusingkan telur ayam mentah, telur tu akan terjatuh dah berhenti berpusing. Jika kita pusingkan telur separuh rebus, telur tersebut akan pusing sebentar dan terjatuh lalu berhenti berpusing. Jika kita pusingkan telur yang sudah siap direbus, telur tersebut akan berpusing dengan cantik nya tanpa terjatuh terkehel dan akhirnya berhenti pusing. 

Apa kaitan telur dengan aku ? 
Hidup aku ibarat sebijik telur. Aku lahir di dunia ni ibarat sebijik telur mentah. Yang tidak matang pemikirannya. Aku sedar jika aku sebijik telur mentah, mcm mana aku nak bejaya berpusing.

Aku mula memasuki fasa telur separuh mentah. Aku membesar sikit per sikit sambil mempelajari erti kehidupan. Aku belajar dari kesilapan. Aku belajar dari pengalaman. Aku mula memahami kehidupan. Tapi aku masih gagal lagi. Aku tetap cuba bangun. 

Kini aku sebijik telur rebus yang direbus dengan sempurna. Aku mula belajar menempuh dugaan dan menyesaikan masalah. Namun aku masih terjatuh lagi dalam menempuh dugaan. Kenapa ? Bukan kah aku sudah sempurna ? Tidak. Aku seorang manusia yang tidak sempurna. Aku hanya mampu mencari kesempurnaa namun aku tak mampu mencapai tahap sempurnya. Aku bukan tuhan ku. Allah tuhan ku, yg Maha Sempurna. Walau aku masih jatuh, aku masih mampu berpusing kembali dengan cantiknya. Aku tak kenal erti putus asa. 

Jangan putus asa. 

HadriAziz

Google+ Followers