Archive for September 2013

Are you okay ? Am i okay ?


posted by Hadri Aziz on

No comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia !

Sihat semua sihat ? Alhamdulillah. Kalau sakit makan ubat doa banyak mintak sembuh. Aminnnn. 

Apa macam hidup ? OK ? Serabut ? Takda masalah ? Fine je ? Sejak dua menjak ni hidup aku tak teratur sikit. Serabut sangat. Stress. Tak habis habis dengan stress. Stress stress. Makan minum hidup mati dengan stress. Masuk kelas keluar kelas stress. Tak suka ok tak suka stress ni. Ini bukan party stress. Hidup bukan untuk stress. Kita hidup untuk makan. Makan selagi mampu.

Minggu exam yang lepas stress bagai nak mati. Ingat kan lepas minggu exam tak stress dah tapi rupanya lagi stress. Stress sangat rasa macam dah tak hidup. Lifeless orang putih kata. Sampai makan pun boleh telan udara je. Amboi melampau. Stress sebab apa ? Sebab lecture datang kat aku then cakap result aku teruk sangat lebih baik pergi mati tak payah belajar tak payah hidup. Teruk sangat sampai lecture lain pun boleh terkejut tengok result aku. Stress aku jadi stress. Salah aku jugak belajar tak masuk. Malas kalah kurakura. Stress sebab kerja bertimbun timbun lagi bertimbun daripada sampah dalam tong sampah luar bilik. Stress sebab belajar tak paham. Stress sebab macam macam sebab. 

Masuk kelas stress. Muka masam. Masa cikgu mengajar rasa nak menangis je. Rasa bodoh sangat. Ini realiti. Apa yang aku rasa. Apa yang aku alami. Kawan kawan pun mungkin perasan. Aku kurang cakap, kurang makan. Masam banyak. Bnyak makan cuka kot. Rasa nak menjerit pun ada. Cikgu tengah ajar mintak pergi tandas then tahan air mata dalam tandas. Kenapa stress sangat Hadri ? Kenapa ? 

Stress tak boleh di elak. Kalau stress nak datang, dia datang je. Tak mintak izin dulu. Terasa bodoh jugak sebenarnya bila asyik stress je. Kerja tak jalan lah kalau stress. Aku sedar aku buang masa banyak stress je. Dah dah. Tak payah nak stress sangat. Bukan boleh jadi pandai pun kalau aku stress okay. 

Aku cuba jadi yang terbaik. Aku nak jadi yang terbaik. Aku nak berjaya. Stress aku boleh jadi positif. Boleh jadikan motivasi untuk berjaya. Tak percaya ? Think positive kawan kawan. InsyaAllah boleh. Kalau kita berusaha, dengan izin Tuhan kita akan berjaya. Jangan risau. Ingat kawan kawan, positive. Kena tuduh kena fitnah, think positive. Kena marah, think positive. Jatuh depan orang ramai, think positive. Jatuh sakit, think positive. Mak ayah sakit, think positive. Gagal dalam ujian, think positive. Ada hikmah disebalik kejadian. Ada benda baik akan berlaku. Hujan bukan selamanya, matahari akan terbit juga. Ribut taufan bukan selalu, sekali sekala sahaja. Bersiap sedia untuk menempuh dugaan hidup. Mesti ada jalan pnyelesaian untuk segala masalah. Tuhan bukan suka suka bagi dugaan. Tuhan bagi ujian. Tuhan tahu kita mampu hadapi ujian yang diberikan.


Selamat berjaya dalam hidup semua. 


Google+ Followers