Archive for June 2013

Orientation week and whatever


posted by Hadri Aziz on

3 comments

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Yayyyy ! Minggu orienrasi dah habis. yes yes yes ! Minggu orientasi dijalankan bermula dari hari Isnin iaitu hari kami berdaftar hinggalah hari Jumaat yang mulia. Mula mula ingat "eh, leceh lah minggu orientasi ni, buang masa !". Tapi lepas dah habis, rasa macam sedih sangat sangat sebab dah tak jumpa abang fasi lagi. Aku dapat praktikum H3P3, praktikum ni mcam kelas lah, mcam homeroom pun ada jugak. abang fasi aku, abang bukhari, asal daripada kelantan. Tak sempat nak capture bnyak moment sewaktu minggu orientasi. Yang ada cuma di bawah ini sahaja. Bilik di matrik ni dua kali ganda besar bilik di MRSM KKB, siyesss, satu bilik empat orang, dapat lah roomate dengan seorang budak Kelantan dan dua orang budak Penang.

Sepanjang minggu orientasi, jadual memang pack sangat, rasa nak bernafas pun tak sempat, haha. jadual belajar pun pack jugak, kelas dari pagi sampai petang. k, wat lek wat lek, insyaAllah boleh survive jadual yang pack sangat ni.

pemandangan dari celah blok asrama

ni meja persendirian, sebelah katil masing masing

Abang Bukhari :)

Ahli praktikum H3P3. ni gambar lama, ada yang keluat, ada yang baru masuk sebab tukar modul.

Jamuan kecil kecilan untuk slot "selamat tinggal fasi"



sempat sambut birthday abang shah. haha, best main tepung

ada aktiviti di mana ahli lain kena tulis satu nilai baik tentang ahli lain, ini yang saya dapat. insyaAllah saya akan jadi pemimpin yang baik

semasa acara Sambutan Hari Guru dengan Zaidi. haha, tak layan pun acara, bersembang dengan kawan je

Kelas, kuliah dan sebagainya akan bermula pada hari Isnin ini (3/6). aku harap aku boleh survive kelas dan menjadi ketua praktikum yang baik. oh ya, tak cerita pun kenapa aku jadi ketua praktikum kan ? haha. takpe, tak payah tahu. hahaha. Selamat berjaya rakan rakan yang lain terutama bagi yang baru mendaftar ke UiTM.

 stay sexy stay awesome 
http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Google+ Followers