Archive for May 2013

Matrikulasi Pulau Pinang !


posted by Hadri Aziz on

No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Alhamdulillah hari ni aku dah selesai mendaftar di matrikulasi pulau pinang. bertolak dari rumah hari ahad petang. sampai pulau pinang dalam pukul 10 lebih kalau tak silap. malam tu menumpang di rumah saudara berdekatan dengan matrik. pagi pagi dengan semangat nya bangun awal. haha. mandi dan bersiap untuk mendaftar. nak masuk matrikulasi memang sesak. nasib baik datang awal sikit. lepas dah siap daftar. amik kunci bilik dan mula lah angkut barang. barang sumpah bnyak, macam nak tinggal tiga tahun kat sini. haha.

nasib baik dapat paras 2, takda lah tinggi sangat. lokasi bilik pun strategik, dekat dengan tandas dan blok pun sebelah cafateria je. boleh usha orang kat cafateria dari bilik. bilik dua kali ganda besar daripada bilik kat mrsm kkb. satu bilik empat orang. roomate aku dua orang budak penang, sorang budak kelantan.

ramai jugak kawan yang aku dah kenal kat sini, Zaidi, Jebo, Kalai, Syamil, budak Sekolah Simpang Lima pun ada, Sekolah Tunku Abd Rahman Putra pun ada. memang ramai. malas lah nak tulis satu satu nama.

k insyaAllah everything will be fine. mula kuliah selepas minggu orientasi. macam tak sabar tapi takut dalam masa yang sama. hehe. kbye

stay sexy stay healthy

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Matrikulasi Pulau Pinang , wait for me aaaa !


posted by Hadri Aziz on

2 comments

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia !

Pejam celik pejam celik, aku dah nak masuk matrik. nak masuk alam baru. alam di mana aku terpaksa memaksa diri berdikari. mak ayah, abang dah besar !

ya, matrik pulau pinang. aku masih tertanya lagi kenapakah kerajaan campak aku kat sana. punya lah aku mohon dekat dekat tapi kerajaan bagi jauh jauh. haha. keh takpa redha. ada hikmahnya. mungkin kerajaan nak aku kenal pulau pinang sebab aku tak ingat kali terakhir aku jejak kaki ke tanah pulau pinang. insyaAllah kat sana aku tak kan rasa terpinggir bila mula mula masuk sebab alhamdulillah aku ada ramai kawan yang masuk sana. so tahu lah siapa aku nak tegur bila sampai sana nanti. haha. tak macam bila masuk PLKN, haram tak kenal sesiapa.

bye kawan kawan, semoga berjaya ye ! yang mana dapat sambung belajar, belajar elok elok *note to self*.
jangan jadi malas macam aku kat maktab dulu. kah kah kah *another note to self*. matrik bukan senang orang kata.


Kbye, stay sexy, stay awesome !

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Google+ Followers