Archive for April 2013

Cinta Pandang Pertama


posted by Hadri Aziz on

No comments


Suatu hari saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar bandar Geneva untuk meninjau kawasan sekeliling. Kami tertarik untuk memasuki satu kedai. Setibanya dalam kedai, mata saya terus melekat pada si dia. saya mula jatuh hati pada dia. dan saya berjanji pada diri saya dan rakan rakan saya bahawa saya akan mendapatkan dia sebelum kami pulang ke Malaysia. saya yakin saya akan membawa dia pulang. 

Lima hari kemudian, pada hari terakhir kami di Geneva, kami memulakan misi membelanjakan wang Swiss France yang telah di tukar daripada Ringgit Malaysia. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan. setibanya di satu kedai, saya meminta izin untuk ke kedai si dia. maka saya dengan beraninnya menuju ke sana. saya memerhatikannya dari jauh dan cuba untuk mendekatinya. saya berpeluang untuk mendekatinya dan bermesra. ketika itu otak saya bercelaru. adakah benar cinta saya ini ? adakah ini akan berkekalan ? adakah benar pilihan saya ? adakah saya akan menyesal kemudian ? 

Maka dengan beraninya saya membuat keputusan untuk membeli jam Swatch Touch yang berharga 130 Swiss France bersamaan dengan lebih kurang 450 Ringgit Malaysia. pada ketika itu hati saya sangat berdebar debar.

Genap beberapa hari lagi anniversary pertama kami bersama. saya yakin cinta pandang pertama ini akan kekal. saya sayang awak jam :*



http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Google+ Followers