Archive for February 2013

Happy Birthday to Me (13 Feb)


posted by Hadri Aziz

1 comment

sorry video tak boleh nak embed -.- sila klikkkk ! 

Assalamualaikum dan salam ceria :)

Alhamdulillah, hari ni 13 Februari maka genaplah umur aku 18 tahun pada 13 Februari. Bertambah tahun, bertambah umur, bertambah tua, bertambah jerawat, bertambah kedut kedut, bertambah tanggungjawab. 

bersyukur aku masih hidup lagi di dunia ni. semoga umurku panjang lagi. terima kasih kepada yang mengucapkan :) Semoga Allah memberkati korang semua. amin 

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

PLKN life ..... so far


posted by Hadri Aziz on

No comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia !


Abang botak hey abang botak hey !

yeah, alhamdulillah, cuti raya cina sulah tiba. maka wa pun boleh lari dari PLKN Millennium, Berananng kejap enjoy duduk rumah. Alhamdulillah setakat ni ok je aku kat PLKN, tak mati cuma semput mengah penat gila tahap mak galah lahirkan anak gajah. 

Sejujurnya mula mula masuk hati aku memberotak gila memang sumpah tak nak masuk. tak nak ikut program tapi akhirnya aku dah boleh menerima dengan seadanya. mula mula masuk rasa macam forever alone, sorang sorang je sebab tak kenal sesapa pun. tapi alhamdulillah budak sana ramai yang welcoming.  ada yang mula tegur aku sebab aku memang susah sikit nak tegur orang ni. terima kasih sebab buat aku rasa diterima :) rasa seronok dapat kenal mereka. kat kem aku ada pelatih daripada Sabah dan Serawak. aku rasa JLKN tahu aku sebenarnya nak masuk kem kat Sabak atau Serawak tapi JLKN pun tahu aku tak boleh berjauhan sangat dengan mak aku so dia bagi aku kem Beranang. haha. 

tak nak cerita aktiviti semua, nak highlight satu perkara je, MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2013 ! yes, aku terpilih untuk sertai majlis ni. dari kem aku ada 130 orang, dari kem mus semua ikut serta. dapat jugak lah jumpa mus kejap walaupun tak lama. agak kecewa sebab tak dapat jumpa setiap hari. waaaaa, nak jumpa mus ! tapi overall best dapat bekerjasama dengan PakNgah Production yang sememangnya dikenali ramai. seronok sangat sangat sangat ! rasa macam nak sertai lagi aktiviti PakNgah Production walaupun penat berlatih selama seminggu dan 3 hari sebelum majlis terpaksa bangun pukul 4 pagi. yeah seronok bangun pukul 4 pagi. 

Gambar di Majlis Pelancaran. Yang duduk kat kerusi tu lah budak PLKN.
Kat situ je lah kitorang menari joget goyang bontot dan ber-Gangnam.
(gambar ihsan kasih sayang Google SDN BHD)
so sampai di sini sahaja. kita tunggu bulan 3 baru aku bagi tahu seronok tak PLKN. haha. buat masa sekarang ni bagi aku so-so je. ciao

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Google+ Followers