Archive for 2013

Stay Strong Hadri


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualikum dan Salam 1Malaysia sejahtera aman makmur

"Stay strong Hadri, stay strong" .
yesss, hampir semua orang cakap macam tu bila tahu aku masuk Program Dua Tahun (PDT) di matrikulasi dan aku bukan lagi di Program Satu Tahun (PST). kena tendang masuk PDT sebab keputusan PSPM 1 sangattttttt teruk. okay mari tidak bercakap pasal PSPM lagi. sudah lepas. maknanya aku tambah lagi satu tahun di matrikulasi. its okay its alright. Hadri okay. sangat fine.

lagipun memang dah lama plan nak masuk PDT. sejak UPS lagi. memang tak yakin boleh lalui PST. so its okay. dari awal lagi mental dah ready nak masuk PDT. plus plus plus, roomate aku sendiri merupakan classmate aku. senang apa apa boleh tanya je. senang nak tahu esok ada experiment atau tak jika ada kelas amali. senang sangat senang. pergi kelas pun sama lambat. bangun pun sama lambat. sangatttt fine.

but for real, aku rindu gila kelas lama, H3P3. rinduuuuuuu. walaupun kelas H3P3 sunyi tak semeriah kelas baru aku tapi aku siyes rindu. ye lah dah satu semester sama sama. budak kelas aku pun dah tahu perangai aku kan. aku tahu kelas lagi sunyi sebab aku takda sebab aku je yang biasa bersuara dalam kelas. to H3P3 (if u guys are reading this which u guys may not), terima kasih banyak banyak untuk segalanya. terima kasih bagi kerjasama bila aku perlukan. terima kasih dengar cakap aku. terima kasih tak pernah lawan aku. terima kasih tahan perangai aku. terima kasih. aku rindu nak kacau korang and buat korang semua gelak. aku suka bila korang gelak. comel. semua comel. comel macam anak patung semua. but its okay, lama lama nanti aku tak rindu dah korang. aku dah lupa kan korang. haha. okay tak. kalau jumpa aku still lagi tegur tegur or at least lambai kat korang sebab aku rindu korang. jangan lupa aku okay. sayang semua

guys, i will be fine. i will be okay. untuk yang concern, thank you soooo much. i will survive. im a survivor.

Dearest H3P3, take care. love, Hadri.

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Aku sebijik telur ayam


posted by Hadri Aziz

Comments Off


Jika kita pusingkan telur ayam mentah, telur tu akan terjatuh dah berhenti berpusing. Jika kita pusingkan telur separuh rebus, telur tersebut akan pusing sebentar dan terjatuh lalu berhenti berpusing. Jika kita pusingkan telur yang sudah siap direbus, telur tersebut akan berpusing dengan cantik nya tanpa terjatuh terkehel dan akhirnya berhenti pusing. 

Apa kaitan telur dengan aku ? 
Hidup aku ibarat sebijik telur. Aku lahir di dunia ni ibarat sebijik telur mentah. Yang tidak matang pemikirannya. Aku sedar jika aku sebijik telur mentah, mcm mana aku nak bejaya berpusing.

Aku mula memasuki fasa telur separuh mentah. Aku membesar sikit per sikit sambil mempelajari erti kehidupan. Aku belajar dari kesilapan. Aku belajar dari pengalaman. Aku mula memahami kehidupan. Tapi aku masih gagal lagi. Aku tetap cuba bangun. 

Kini aku sebijik telur rebus yang direbus dengan sempurna. Aku mula belajar menempuh dugaan dan menyesaikan masalah. Namun aku masih terjatuh lagi dalam menempuh dugaan. Kenapa ? Bukan kah aku sudah sempurna ? Tidak. Aku seorang manusia yang tidak sempurna. Aku hanya mampu mencari kesempurnaa namun aku tak mampu mencapai tahap sempurnya. Aku bukan tuhan ku. Allah tuhan ku, yg Maha Sempurna. Walau aku masih jatuh, aku masih mampu berpusing kembali dengan cantiknya. Aku tak kenal erti putus asa. 

Jangan putus asa. 

HadriAziz

PSPM 1


posted by Hadri Aziz

Comments Off

Assalamualikum dan salam satu Malaysia


Keputusan rasmi PSPM 1 dah keluar. Kepada yang berjaya aku ucapkan tahniah. 

Result aku mohon jangan tanya berapa sebab aku tak kan bagi tahu. Kalau boleh aku nak aku sorang je tahu. Tapi ada jugak yang dah tahu. Bohong kalau aku kata aku tak sedih dengan result aku. Dusta kalau aku kata aku tak kecewa dengan diri aku. Tipu kalau aku kata aku tak kecewakan mak aku. Aku harap mak bapak aku memahami aku. Aku tak nak mak bapak aku kecewa dengan aku. Cukup aku sendiri yang kecewa. Aku nak mak bapak aku bangga tapi aku gagal buat mereka bangga. 

Result aku cukup buat aku untuk masih belajar di KMPP. Aku cukup bersyukur dengan apa yang aku dapat. Aku bersyukur masih mampu sambung belajar. Aku bersyukur aku masih diberi peluang untuk membanggakan mak bapak aku. 

Sedih sangat kecewa tapi kenapa aku mampu senyum lagi ? Mampu bergelak ketawa lagi ? Sebab apa sebab benda dah lepas. Buat apa nak berkecewa lagi. Aku bukan jenis yang kecewa smpai tiga hari tiga malam tak makan tak bercakap. Tak aku bukan macam tu. Aku jenis yang "oh ini keputusan aku, okay bye." Lepas tu go on with life. Buang masa lah nak berduka lara ni. Enjoy hidup selagi mampu. 

La tahzan



Short story about love


posted by Hadri Aziz

Comments Off

Aku dah 18 tahun hidup tapi tak pernah couple tak pernah ada makwe tapi dah setuja kali jatuh cinta dah beribu kali heartbroken sebab crush couple dengan orang lain. Sangat sad life dan hashtag forever alone. 


Okbai 

Are you okay ? Am i okay ?


posted by Hadri Aziz on

No comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia !

Sihat semua sihat ? Alhamdulillah. Kalau sakit makan ubat doa banyak mintak sembuh. Aminnnn. 

Apa macam hidup ? OK ? Serabut ? Takda masalah ? Fine je ? Sejak dua menjak ni hidup aku tak teratur sikit. Serabut sangat. Stress. Tak habis habis dengan stress. Stress stress. Makan minum hidup mati dengan stress. Masuk kelas keluar kelas stress. Tak suka ok tak suka stress ni. Ini bukan party stress. Hidup bukan untuk stress. Kita hidup untuk makan. Makan selagi mampu.

Minggu exam yang lepas stress bagai nak mati. Ingat kan lepas minggu exam tak stress dah tapi rupanya lagi stress. Stress sangat rasa macam dah tak hidup. Lifeless orang putih kata. Sampai makan pun boleh telan udara je. Amboi melampau. Stress sebab apa ? Sebab lecture datang kat aku then cakap result aku teruk sangat lebih baik pergi mati tak payah belajar tak payah hidup. Teruk sangat sampai lecture lain pun boleh terkejut tengok result aku. Stress aku jadi stress. Salah aku jugak belajar tak masuk. Malas kalah kurakura. Stress sebab kerja bertimbun timbun lagi bertimbun daripada sampah dalam tong sampah luar bilik. Stress sebab belajar tak paham. Stress sebab macam macam sebab. 

Masuk kelas stress. Muka masam. Masa cikgu mengajar rasa nak menangis je. Rasa bodoh sangat. Ini realiti. Apa yang aku rasa. Apa yang aku alami. Kawan kawan pun mungkin perasan. Aku kurang cakap, kurang makan. Masam banyak. Bnyak makan cuka kot. Rasa nak menjerit pun ada. Cikgu tengah ajar mintak pergi tandas then tahan air mata dalam tandas. Kenapa stress sangat Hadri ? Kenapa ? 

Stress tak boleh di elak. Kalau stress nak datang, dia datang je. Tak mintak izin dulu. Terasa bodoh jugak sebenarnya bila asyik stress je. Kerja tak jalan lah kalau stress. Aku sedar aku buang masa banyak stress je. Dah dah. Tak payah nak stress sangat. Bukan boleh jadi pandai pun kalau aku stress okay. 

Aku cuba jadi yang terbaik. Aku nak jadi yang terbaik. Aku nak berjaya. Stress aku boleh jadi positif. Boleh jadikan motivasi untuk berjaya. Tak percaya ? Think positive kawan kawan. InsyaAllah boleh. Kalau kita berusaha, dengan izin Tuhan kita akan berjaya. Jangan risau. Ingat kawan kawan, positive. Kena tuduh kena fitnah, think positive. Kena marah, think positive. Jatuh depan orang ramai, think positive. Jatuh sakit, think positive. Mak ayah sakit, think positive. Gagal dalam ujian, think positive. Ada hikmah disebalik kejadian. Ada benda baik akan berlaku. Hujan bukan selamanya, matahari akan terbit juga. Ribut taufan bukan selalu, sekali sekala sahaja. Bersiap sedia untuk menempuh dugaan hidup. Mesti ada jalan pnyelesaian untuk segala masalah. Tuhan bukan suka suka bagi dugaan. Tuhan bagi ujian. Tuhan tahu kita mampu hadapi ujian yang diberikan.


Selamat berjaya dalam hidup semua. 


exam dan kehidupan (suka suki kehidupan beremosi)


posted by Hadri Aziz on

No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

life is getting tougher. macam ni lah nak describe kehidupan sekarang. haha, bukan apa, aku baru lepas exam Ujian Pertengahan Semester (UPS) kat matrik ni, memang minggu ujian merupakan minggu jiwa hati muda aku ni jadi sensitif bagai. benda kecil pun aku boleh terasa dalam. stress orang kata. memang stress pun. rasa macam nak robek robek badan orang lain.

disebabkan exam yang sejujurnya lagi stress daripada exam di sekolah menengah, aku jadi emotional sentiasa. ye, luaran memang aku senyum aku gelak tapi dalam hati rasa kosong je. kadang kadang bila bersembang dengan kawan, aku rasa macam orang tak berapa suka dengan aku. perasaan negatif yang datang entah dari mana. sebab exam jugaklah aku deactivate twitter (sekejap je deactivate lepas tu reactivate balik -.-). takda pun yang perasan aku deactivate sebab siapa kisah pasal aku kan ? haha. no one care. ha emotional punya pasal kan. haha. tapi hakikatnya ada je yang care tapi jiwa negatif aku yang kata "buat apa dia nak kesah ?". bagaikan aku yang tak mengizinkan dia kesah pasal aku.

biasalah kehidupan, ada suka ada duka, ada atas ada bawah. tak normal lah kalau sentiasa berada di atas. kononnya gembira sentiasa. tipu sebenarnya kalau kata kita sentiasa gembira. dusta. walaupun kita lakukan sesuatu yang kita suka ataupun kita bersama dengan orang yang kita sayang, kita tetap akan berada di bawah sekali sekala. orang atasan pun akan berada di bawah. raja permaisuri pun berduka lara apatah lagi kita manusia biasa. bila berduka kita rasa hidup kita tamat di situ. tak sebenarnya. tak. perjalanan hidup masih panjang lagi (lainlah kalau umur dah tak panjang). jangan berduka lama lama nanti hati jadi pudar. esok hari masih ada. esok hari masih boleh bersuka. sayangi lah diri anda. pesanan buat aku dan buat semua.

acahacah gembira tengah belajar. tapi tak sebenarnya
:)


http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

SELAMAT HARI RAYAAAAAAAAAAA !


posted by Hadri Aziz

No comments

Salam semua !

ok maaf maaf, aku tahu aku dah buat dosa besar sebab lama tak update blog. tangan malas sangat nak update. hahah.

selamat hari raya maaf zahir batin. mohon maaf kalau ada salah silap



http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Orientation week and whatever


posted by Hadri Aziz on

3 comments

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Yayyyy ! Minggu orienrasi dah habis. yes yes yes ! Minggu orientasi dijalankan bermula dari hari Isnin iaitu hari kami berdaftar hinggalah hari Jumaat yang mulia. Mula mula ingat "eh, leceh lah minggu orientasi ni, buang masa !". Tapi lepas dah habis, rasa macam sedih sangat sangat sebab dah tak jumpa abang fasi lagi. Aku dapat praktikum H3P3, praktikum ni mcam kelas lah, mcam homeroom pun ada jugak. abang fasi aku, abang bukhari, asal daripada kelantan. Tak sempat nak capture bnyak moment sewaktu minggu orientasi. Yang ada cuma di bawah ini sahaja. Bilik di matrik ni dua kali ganda besar bilik di MRSM KKB, siyesss, satu bilik empat orang, dapat lah roomate dengan seorang budak Kelantan dan dua orang budak Penang.

Sepanjang minggu orientasi, jadual memang pack sangat, rasa nak bernafas pun tak sempat, haha. jadual belajar pun pack jugak, kelas dari pagi sampai petang. k, wat lek wat lek, insyaAllah boleh survive jadual yang pack sangat ni.

pemandangan dari celah blok asrama

ni meja persendirian, sebelah katil masing masing

Abang Bukhari :)

Ahli praktikum H3P3. ni gambar lama, ada yang keluat, ada yang baru masuk sebab tukar modul.

Jamuan kecil kecilan untuk slot "selamat tinggal fasi"



sempat sambut birthday abang shah. haha, best main tepung

ada aktiviti di mana ahli lain kena tulis satu nilai baik tentang ahli lain, ini yang saya dapat. insyaAllah saya akan jadi pemimpin yang baik

semasa acara Sambutan Hari Guru dengan Zaidi. haha, tak layan pun acara, bersembang dengan kawan je

Kelas, kuliah dan sebagainya akan bermula pada hari Isnin ini (3/6). aku harap aku boleh survive kelas dan menjadi ketua praktikum yang baik. oh ya, tak cerita pun kenapa aku jadi ketua praktikum kan ? haha. takpe, tak payah tahu. hahaha. Selamat berjaya rakan rakan yang lain terutama bagi yang baru mendaftar ke UiTM.

 stay sexy stay awesome 
http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Matrikulasi Pulau Pinang !


posted by Hadri Aziz on

No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Alhamdulillah hari ni aku dah selesai mendaftar di matrikulasi pulau pinang. bertolak dari rumah hari ahad petang. sampai pulau pinang dalam pukul 10 lebih kalau tak silap. malam tu menumpang di rumah saudara berdekatan dengan matrik. pagi pagi dengan semangat nya bangun awal. haha. mandi dan bersiap untuk mendaftar. nak masuk matrikulasi memang sesak. nasib baik datang awal sikit. lepas dah siap daftar. amik kunci bilik dan mula lah angkut barang. barang sumpah bnyak, macam nak tinggal tiga tahun kat sini. haha.

nasib baik dapat paras 2, takda lah tinggi sangat. lokasi bilik pun strategik, dekat dengan tandas dan blok pun sebelah cafateria je. boleh usha orang kat cafateria dari bilik. bilik dua kali ganda besar daripada bilik kat mrsm kkb. satu bilik empat orang. roomate aku dua orang budak penang, sorang budak kelantan.

ramai jugak kawan yang aku dah kenal kat sini, Zaidi, Jebo, Kalai, Syamil, budak Sekolah Simpang Lima pun ada, Sekolah Tunku Abd Rahman Putra pun ada. memang ramai. malas lah nak tulis satu satu nama.

k insyaAllah everything will be fine. mula kuliah selepas minggu orientasi. macam tak sabar tapi takut dalam masa yang sama. hehe. kbye

stay sexy stay healthy

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Matrikulasi Pulau Pinang , wait for me aaaa !


posted by Hadri Aziz on

2 comments

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia !

Pejam celik pejam celik, aku dah nak masuk matrik. nak masuk alam baru. alam di mana aku terpaksa memaksa diri berdikari. mak ayah, abang dah besar !

ya, matrik pulau pinang. aku masih tertanya lagi kenapakah kerajaan campak aku kat sana. punya lah aku mohon dekat dekat tapi kerajaan bagi jauh jauh. haha. keh takpa redha. ada hikmahnya. mungkin kerajaan nak aku kenal pulau pinang sebab aku tak ingat kali terakhir aku jejak kaki ke tanah pulau pinang. insyaAllah kat sana aku tak kan rasa terpinggir bila mula mula masuk sebab alhamdulillah aku ada ramai kawan yang masuk sana. so tahu lah siapa aku nak tegur bila sampai sana nanti. haha. tak macam bila masuk PLKN, haram tak kenal sesiapa.

bye kawan kawan, semoga berjaya ye ! yang mana dapat sambung belajar, belajar elok elok *note to self*.
jangan jadi malas macam aku kat maktab dulu. kah kah kah *another note to self*. matrik bukan senang orang kata.


Kbye, stay sexy, stay awesome !

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Cinta Pandang Pertama


posted by Hadri Aziz on

No comments


Suatu hari saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar bandar Geneva untuk meninjau kawasan sekeliling. Kami tertarik untuk memasuki satu kedai. Setibanya dalam kedai, mata saya terus melekat pada si dia. saya mula jatuh hati pada dia. dan saya berjanji pada diri saya dan rakan rakan saya bahawa saya akan mendapatkan dia sebelum kami pulang ke Malaysia. saya yakin saya akan membawa dia pulang. 

Lima hari kemudian, pada hari terakhir kami di Geneva, kami memulakan misi membelanjakan wang Swiss France yang telah di tukar daripada Ringgit Malaysia. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan. setibanya di satu kedai, saya meminta izin untuk ke kedai si dia. maka saya dengan beraninnya menuju ke sana. saya memerhatikannya dari jauh dan cuba untuk mendekatinya. saya berpeluang untuk mendekatinya dan bermesra. ketika itu otak saya bercelaru. adakah benar cinta saya ini ? adakah ini akan berkekalan ? adakah benar pilihan saya ? adakah saya akan menyesal kemudian ? 

Maka dengan beraninya saya membuat keputusan untuk membeli jam Swatch Touch yang berharga 130 Swiss France bersamaan dengan lebih kurang 450 Ringgit Malaysia. pada ketika itu hati saya sangat berdebar debar.

Genap beberapa hari lagi anniversary pertama kami bersama. saya yakin cinta pandang pertama ini akan kekal. saya sayang awak jam :*



http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

PLKN ? Done baby im DONEEEE !


posted by Hadri Aziz on

No comments

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Selamat Pagi Petang Siang Malam, Salam Kekeluargaan dan Salam 1 Malaysia !

Yaaay, Alhamdulillah, aku dah berjaya menamatkan Program Latihan Khidmat Negara selama 75 hari. tak percayalah aku berjaya menamatkan latihan di Kem PLKN Millennium, Beranang, Selangor dengan jayanya.  Mula mula masuk memang memaki hamun sumpah seranah kerajaan sebab hantar aku masuk PLKN tapi lepas berjaya menamatkan latihan aku rasa syukur sangat terpilih. aisehhh, ayat mcam bagi ucapan depan perdana menteri. haha. selepas cuti tahun baru cina, aktiviti di kem makin memang boom boom gempak ah. haha. tapi memang tenaga aku didera secukup cukupnya. penattttttttttt *mukalesutakbermaya*

so, lets let the picture speak on behave of it master. muahahaaha

Fiesta Sambutan Tahun Baru Cina di Stadium Putra, Bukit Jalil ! datang makan je, nom nom nom. saya suka makan percuma 

Me , Fitri dan Im. dua dua ni dormmate aku

Fikri mostly known as Sam :) 
dengan adik aku yg nakal nauzubillah, Miza :)
pergi PLKN dapat adik, haha. orang cakap muka aku dengan dia hampir sama

jadi macam banduan kena mencangkung depan stadium. haha.
mesti orang ramai cakap "alolo, kesiannya budak PLKN" -.-
Simulasi Pilihan Raya Kem Millennium, Beranang ! cikgu kelas kenegaraan aku pilih aku jadi MEDIA ! yaaay! Mula mula tu aku jadi antara calon calon YB tapi aku tak lepas interview so jadi media je lah. haha. kerja media sumpah best ! ambik gambar, temu ramah, buat gossip tentang YB dan macam macam lagi. memang rasa macam media betul lah. haha. 
barisan media yang cantik dan kacak. media botak seksi ok. hahaha

Azrie, Lia (dia jadi YB sebab tu baju vouge meletop), Wan and aku tak kenal
siapa yang pakai baju hitam tu. negro mana ntah. haha -.-

me and Ikiy. teman segila sekepala
Wirajaya dan Kembara Halangan. hmm, hmmm, pikir, hmmm, yeah. kembara halangan merupakan aktiviti mengotorkan batik PLKN. hahaha. wirajaya pulak, hmm, dapat buat sampai petang je, tak dapat nak tidur dalam hutan. hutannnnnn lah sangat. haha. padahal sebelah kem je. yg memisahkan tapak camping dengan kem hanyalah lombong. 
bersama abang gagah perkasa, syed selepas kembara halangan. 

gambar di camping site semasa wirajaya. waktu ni orang tengah gelabah turunkan khemah sebab
nak hujan. aku sempat lagi peace peace >.<
Malam Seribu Kenangan. Aku buat persembahan sajak bersama lagi 3 orang rakan seperjuangan. persembahan kompeni Charlie memang sangat menyayat hati. kan kawan kawan ? siap ada yang menangis lagi. 
Olla, im Kadazan. ok olla tu bukan bahasa kadazan. haha
pinjam baju kawan kadazan untuk malam seribu kenangan

FRIENDSSS! Tak sangka boleh rapat dengan dorang. lagi sorg Faiz takda dalam gambar
Faiz mana Faiz ?
Am busuk busuk :P 

Franches ma gurlllll ! 

Zarif Hasif 

Ching :)

cikgu Mail roxxxx . 

amanda

cikgu Hadhi bangun bangun bangun. aww rindu :')
Majlis Penutup PLKN dan Persembahan Kebudayaan. Aku join tarian melayu. sangat seronok walaupun banyak konflik penari tarian melayu. haha. masalah itu ini lah tapi akhirnya jadi jugak. yeah ! 
moment campak beret. wewiiiit. kepuasan berganda. tapi lepas cambak beret
dan keluar baris terus lari tukar baju untuk persembahan. haha
dari atas sampai bawah, ikhlas orang,. haha. semua pinjam je :p

jayyyyy !

Cikgu Ya :)

dengan Justin Bieber, oh tak, Chi. haha.
pasangan menari aku. dia nak baju warna purple
sebab Bieber sangat sinonim dengan purple

Alif Hatta :)

Mai. 

Lia Kardash

Memmm 

Fidos 

malay dance team 

Komandan kem yg chubby bubby mubby blubby bloob bloob -..-
  
wan 


and program terakhir di PLKN, Sambutan Hari Wanita di Putrajaya. tahniah aku dan beberapa kawan aku yang naik bas dari Shah Alam dan Kuala Selangor telah terpilih untuk balik hari ahad dan ikuti program ni. tahniah ye. hahah -.- dapat jugak lah enjoy dengan kawan kawan buat kali terakhir. memang seronok meggila di Putrajaya. Lepas tu terus berpecah balik. waaaaaaaaaaaa


Eva dan Amy 

Kat blakang ada perbarisan, sempat lagi amik gambar sebelum perbarisan sampai depan. haha

muka tebal makan tepi jalan. muahahaha
 THE END of PLKN life :'(

lepak dengan Sam dan Azrie :')

tepi lombong dengan Ikiy :')

kayak. haha. dengan beraninya ktorang keluarkan kayak dari rumah bot :')

move bij moveeeeeeeeee :')

jeti yang tak pernah digunakan. haha. dengan beraninya kami pergi. muahahah :')

aktiviti surau malam sabtu. tgal berapa kerat je orang. aktiviti kami ? menangis sebab teringat kawan :')

*krik krik krikkk*

with kesayangan, Lia and Mem :* 
Terima kasih kawan kawan dan cikgu cikgu. Terima kasih untuk segala kenangan. Maaf kalau ada salah. memang sedih bila berpisah sebab tak tahu bila lagi boleh jumpa. especially kawan kawan aku dari Sabah dan Sarawak. Sedih gila sebab waktu budak Sandakan and Kuching balik takda orang kejut aku. tak dapat nak peluk cium sebelum mereka pergi. bangun pukul 6 terus lari pergi bas. sempat lambai kat budak Kuching je. weh nak korang balik. nak korang. tak sangka walaupun kenal tak sampai tiga bulan tapi aku boleh sayang korang ketat ketat. korang semua memang terbaik. harap harap dapat jumpa korang semua lagi. seronok dapat kenal korang semua. each person is special in their own ways. thank you guys. thank you ! jangan lupa Hadri. jangan lupa Sedap. jangan lupa Obama. jangan lupa nigga ni. sayangggggggggggggggggggg korang semua :')


http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Google+ Followers