Meroyan Menggila


posted by Hadri Aziz

2 comments

Assalamualikum dan Salam Satu Malaysia :)

oh yeaaaa, hari Isnin yang lepas aku telah berjaya memujuk ayah aku untuk keluar berjalan ke KL bersama kawan-kawan aku. Tak tahu lah macam mana ayah aku boleh tetiba baik nak bagi. kalau dulu nak kena perang pasang bom dulu baru dapat. hahaha.

Pagi tu, macam biasa ayah hantar pergi stesen bas Sabak Bernam awal pukul 7.50 pagi. aku pergi lah kaunter tiket tu nak beli tiket ke Kuala Lumpur tapi dia cakap tiket paling awal pukul 1.45 tengah hari. amik kau ! haha. aku ingat kan ada lah tiket pukul 8.30 pagi macam biasa tapi disebabkan hari cuti bas pagi tak da. lepas hantar aku, ayah aku terus gerak pergi sekolah dia sebab ada kerja. aku dalam tenang tapi gelabah call bapak aku tnya macam mana, dia suruh beli tiker pergi Klang. aku dengan beraninya terus beli, tak pikir panjang lagi sebab tak sabar nak jumpa kawan. tiket pergi Klang pukul 9.15 pagi. aku dekat stesen bas tu pukul 8 pagi. selama sejam tu aku bertapa dekat Jeti Sungai Sabak sambil menceritakan cerita sedih aku dekat kawan-kawan aku yang baru bangun tidur. pagi tu aku punya lah semangat bangun, dorang boleh lagi tidur, -.-. 
tengok lah siapa yang teman aku dekat jeti. PAK CIK MONYET
so sweet lah, thanks teman itew -.-

sebenarnya aku tak pernah naik bas pergi Klang untuk pergi KL. nasib baik dekat sebelah seat aku ada kakak ni tolong aku. aku tnya lah macam macam, 'bas ni berhenti mana?' 'nak pergi KL mcam mana?' dan banyak lagi soalan budak baru naik bas aku tanya. haha. sampai je Klang Sentral. kakak tu suruh aku naik bas ke Shah Alam. aku call lah pembantu peribadi aku tnya betul ke naik bas ke Shah Alam. tapi kalau nak pergi Shah Alam payah sikit so aku tnya alternatif lain. pikir punya pikir, dorang suruh aku naik TEKSI pergi stesen KTM Klang. RM20 bakar macam tu je naik teksi. haha. tapi dorang dah janji nak belanja makan nanti maka dengan itu aku tak risau lah poket kering kontang. sampai KTM, terus beli tiket ke KL Sentral.kat KL Sentral call lagi pembantu peribadi aku, beliau suruh pergi stesen Monorail pulak. Beliau tunjukkan jalan kat aku, aku ni phone melekat je kat telinga. eceecee, macam orang busy je kan. haha. dia suruh jalan bertentangan dengan orang lah apa lah. aku ikut je sampai monorail. 

sampai je dekat Berjaya Times Square, aku terus pergi arena bowling. budak tiga orang tu dah main bowling dulu. daripada dorang tunggu aku, aku suuh dorang main bowling dulu. sampai sampai je dorng dah habis main. nasib baik aku datang bukan nak main bowling, tapi nak masuk taman tema kat situ je. kalau tak kemponan aku nak main bowling. haha. dengan perut yang kosong dan kaki yang hampir pancit, kitorang masuk Berjaya Theme Park tu. bagi aku semua permainan kat situ dicipta untuk memeningkan kepala anda semua dan melenguhkan. haha. tak percaya ? semua game buat pening kepale je. lenguh pun ada jugak sebab kena pegang besi kuat kuat. -.- lepas keluar dari theme park ni rasa macam nak sujud je kat lantai sebab pening sangat. p/s: gambar d dalam Theme Park dan selepas keluar Theme Park tak disediakan kerana terlalu extreme dan hanya untuk 18 tahun keatas. harap maklum

kemudian masa yang dinanti-nantikan oleh aku, MAKAN time. haha. sila bagi laluan, orang hampir gemuk nak lalu -..- three of theme decide to eat at The Chicken Rice Shop. ni pertama kali makan kat kedai tu sebab selama ni kalau sampai KL aku tahu nak makan McDonald je.

<3
Saya dan orang tua. orang ramai, sila jangan panggil
dia orang tua !
gemok dan kurus. haha. tak gemuk pun sebenarnya 
mengancam sangat weh. siapa suruh bawak aku makan
ayam ni. kan dah terliur T____T
Teh 3 Lapis. aku je tempah air mahal ni.
yang lain berjimat. haha,
mentang-mentang makanan td dorang belanja
lepas jalan jalan, orang tua belanja aiskrim kat McDonald. dapat jugak lepas kemponan. haha. 

aiskrimmmmmmm.
budak lima tahun beli Happy Meal.
Itew beli Happy Meal sebab nak menatang comel ni. 
Balik tu naik bas pergi SOGO sebab nak jemput jemput mak Nizam kat situ. mak dia baru balik kerja. lepas tu naik KTM. aku naik KTM sampai Sungai Buloh, driver keluarga a.k.a ayah aku jemput dekat KTM Sungai Buloh. thanks ayah sebab terlalu rajin jemput abang jauh jauh kat situ :)
seram tak?nanti nak buat paranormal aktiviti dekat sini boleh? haha
last skali, tengok lah video bodoh ni. haha. saje cakap hai je :) thanks again rakan rakan yang baik baik 


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

2 comments

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers