Malaysia Technology Expo 2012 (16 Feb-18 Feb)


posted by Hadri Aziz

2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

a..pa... khaaaa.barr. uhuk uhuk
haishh, berhabuk lantai blog aku ni. macam dah setahun tak update. haha. *mop kejap -..- *


hai blog, hai kawan, hai pembaca, hai makhluk Allah :) hampir SEBULAN yang lepas aku dan dua orang lagi ahli Hyper Super Scientist (HSS) iaitu Shuba dan Sara telah mengikuti program MTE yang berlansung di PWTC. wooo, budak tak pandai skema. hahaha. ayat nak skema je kan xD

Bertolak dari maktab sehari sebelum MTE bermula. bawak laptop, baju handsome, baju sakai, kamera canggih, duit berjuta dan banyak lagi barang pergi check in hotel serba murah lagi hebat, er. haha. pernah dengar Hotel Sani *geleng2. hotel murah -.- takpe lah, selagi ada tempat tinggal kan. bukan senang MARA nak sediakan tempat penginapan sementara. lepas check in pergi lah PWTC nak tengok tapak. sampai-sampai tu tak siap lagi. haih. kontraktor tengah cat cat lagi. sementara tunggu tu kitorang pergi merempat dekat The Mall. Makan McD pastu aku jelajah satu The Mall sebab tak tahu nak buat apa. nak balik hotel bapak jauh nak kena jalan kaki so melepak merempat je lah sementara tunggu tapak pameran siap. lepas dah tengok tapak, balik bilik, kemas kemas, solat and malam tu keluar makan dengan cikgu, kawan dan roomate. eh, nak panggil roomate ke hotelmate? -.- 

pas masuk. nak masuk kena ada pas ni. kalau tak
pak guard buat muka geram. haha. pelawat pun kena daftar

Meet Shuba, Sara dan makhluk asing -.-

melepak di The Mall. Seronok termenung T__T
Meet my hotelmate, Danial

Bangun pagi sumpah awal. haha. walawehhh, semangat hari pertama membara bak taik ayam yang hangat sementara je. ewww. pakai kemas macam nak pergi kerja. satu hari duduk dekat booth tu sambil tunggu judge datang. tak ramai sangat pelawat yang datang kat kitorang duduk betul-betul tengan tapak MARA. orang nak masuk payah. sementara menunggu tu nasib baik ada jirang kat depan. oleh bergelak tawa. alau tak bosan je. wifi pun tak dapat, kalau tak boleh layan Muka Buku. petang tu ada pelawat khas. hewhew. kawan baik itew Izzat Mowk datang melawat itew. lepas dah kena judge Izzat belanja aku makan kek dekat Secret Recipe. nasib baik dia datang. kalau tak mati kering aku duduk termenung dekat booth. haha

jiran baik baik. ada lagi yang
xda dalam gambar
ni Izzat Mowk. thanks datang wehh. sumpah rindu kau. muah
muah . erkk. -.-


hari kedua macam biasa. taik ayam dah tak hangat lagi so bangun lewat sikit. haha. macam biasa duduk dekat booth. kalau bontot gatal sikit bangun jalan-jalan kacau orang, pergi tengok booth orang lain tak pun gatal gatal pergi tandas basuh tangan. haha. Malam tu ada AWARD NIGHT. satu kumpulan satu orang wakil je yang pergi, so kumpulan aku, aku yang pergi. sumpah seronok makan makan makan. haha. satu kepala RM150. meh sini duit, saya nak pergi lagi makan macam tu. cepat cepat. waiter meja kitorang sumpah best. haha. kenapa? sebab tak tahu T____T sementara sedang menikmati nikmat sekali seumur hidup, ada persembahan dari Universiti Perlis. layan je lah. tapi sebenarnya tak layan sangat sebab tumpuan 150% terhadap makanan. lepas tu dia umum pemenang best award. best of the best. bla bla bla. lepas dah makan cepat-cepat keluar nak tengok keputusan. Alhamdulillah, dapat Silver Award jeee. balik hotel dalam keadaan serba gembira yang melampau. cikgu dengan dua orang lagi dah tak sabar sabar. haha
kad jemputan berharga RM150
Girlssss. perhatian, yang baju kuning tu cikgu , bukan pelajar
sekolah menengah. hehe. :D
the boys are back, the boys are back. bang bang.*merepek
Makanan makanan makanan. klik untuk tumbesaran serta merta
waiter meja kami. walawehh, siap ada  waiter lagi
saya pandai makan pakai chop stick.
makan macam budak lima tahun. haha
baju pink tu pemenang Gold Award. wohoo
hari ketiga luar biasa sikit. sedih nak tinggalkan PWTC dengan hotel. biarlah hotel tu murah pun, nak stay jugak. tak nak balik maktab. haha. hari terakhir ni bnyak gambar kekangan. ececee. lepas ni dah tak jumpa dah yang mana jumpa kat sana. 

depan pintu masuk. pak guard tu dah bosan tgk muka
aku, asyik keluar masuk. haha
lepas lunch, kitorang gedik gedik masuk Hotel Seri Pacific.
pastu jalan dalam tu. ni gambar dalam lif. bergegar lif tu
:)
Silver Medal

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

2 comments

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers