RM100


posted by Hadri Aziz

1 comment

Assalamualikum dan Salam Satu Malaysia :)

Jumaat yang lepas, sebelum boleh pulang bermalam, semua pelajar tercinta dapat RM100 yg diuar-uar kan untuk digunakan bagi mengurangkan beban ibu bapa membayar pelbagai barang keperluan untuk memulakan sesi persekolahan 2012. aku rasa ayat aku serba skema. haha. budak-budak MRSM dapat lambat sebab tak tahu. er. duit seratus tu aku baru habis guna hari ni. memang tibai habis la beli-belah. 

mula-mula masuk kedai Al-Ikhsan buat pertama kali. sumpah aku cakap pertama kali. barang dalam tu agak mahal dan mak bapak aku agak kedekut nak beli barang-barang mahal ni. xD adik aku guna RM100 dia untuk beli kasut and mak bapak aku support duit yg slebihnya. aku pulak beli ..............

beli baju!! harga RM45. aku bayar RM20 dan bapak aku tambah
RM25.  Jadi ada baki RM80 lagi dalam tangan aku.
aku memang suka betul warna baju tu. merah. seksi sangat
warna tu. haha. 
Pastu hambo gi jale KB Mall pulok. siapa tak paham sila tanya sep Kelate. haha. pun tak pahan jugak? takpaaa. umur panjang lagi. haipppp dah mula nak merepek tu. -.- haha, puas pusing satu KB Mall mencari kedai kamera sebab nak cari beg kamera. Sementara pusing-pusing mak bapak aku melawat kedai FOS. Mak aku beli baju, adik aku beli baju dan aku pun nak beli jugak. Lepas dah jumpa kedai kamera yang sebenarnya sangat senang nak cari, aku pergi balik kedai FOS pastu aku terus cari baju nak beli. nak paw ayah lagi. 

and tadaaaa! aku beli baju warna pink.
sangat tak sesuai dengan diri aku ekceli -.-
RM20 :)

lepas dah bayar terus gerak pergi kedai kamera balik. tawar
menawar dapat harga RM100 untuk beg comel ni.
aku bayar RM70, ayah aku tambah RM30. RM10 aku simpan buat beli
McFlurry. haha. wajib beli McF tu ! sumber kehidupan abadi

tadaaaa! 
lepas tu cerita jadi bosan sikit. teman mak bapak aku beli kain dengan sampin dekat kedai tertentu pulak. mak bapak aku nak jual pada rakyat Sabak Benam seperti biasa mereka lakukan. haha. The End

aish, aku rasa ayat aku skema sgt. *sikat rambut tepi. eh, rambut aku sangat lah pendek. -..- kbye

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

1 comment

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers