Raya Cina Maliiii !


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

ahhh, Tahun Baru Cina sudah mali. merah-merah mata bila jalan kat pekan atan bandar. Malam-malam pulak mata berapi nampak tanglung merah tu kan. Kalau umur panjang boleh nampak naga. woooooooo, naga! haha.
Bagi yang menyambut Tahun Baru Cina, selamat selamat la yea. Semoga bergembira di samping keluarga. Bila masa makan besar jangan nak diet-diet pulak, makan je banyak-banyak. haha

baiklah, cukup cerita tahun baru. seperti yang setiap rakyat Malaysia sudah maklum, sesi persekolahan sudah bermula sejak tiga minggu lalu. banyak perkara yang berlaku sejak persekolahan bermula. banyak cerita yang boleh aku highlight tapi nak cerita satu dua je. 

first, pasal game petanque. baru-baru ni aku dan kawan aku dapat masuk petanque Sukses (Sukan Selangor) yang berlansung di Kuala Selangor. takda pape yang menarik pun sebab semua kalah. yang menarik cuma wakil daerah Hulu Selangor (kitoranglah) merupakan daerah paling bising. haha. pagi-pagi lagi dah melalak menjerit. waktu main game pun ada gak masa aku menggila-gila jugak. setiap daerah ada dapat khemah, kat khemah kitorang bentang kain kanvas. kat situ memang boleh baring-baring, duduk-duduk. sampai ada yang tidur kat situ. aku rasa aku lah banyak tidur kat situ. haha. siap bwak bantal lagi kat khemah tu. daerah lain mana ada yang sampai tidur kat khemah dorang. malam pertama perlawanan tu kitorang balik lewat sikit. pukul 1 pagi baru balik tempat penginapan. sementara tengah lepak-lepak malam tu kat khemah, kitorang boleh memekak menyanyi. siap nyanyi lagu Someone Like You lagi. haha. kenapa lah takda anugerah daerah paling happening kan?

sorry orang dikiri dan kanan. haha. tinggal setengah je

topi tu cantik kan? kan? seketika aku terasa
macam petani -.-

first time naik kereta Estima. bila cikgu keluar dari kereta,
aku tekan semua yang bolah ditekan dalam kereta tu.
haha

Muka-muka orang yang kalah. tengah penutupan boleh lagi
kitorang bising-bising gelak. haha

lepas tekanan dekat bilik. bilik ber-aircond weyh. sejuk.
brrrr
Sekian cerita pasal petanque. kemudian pulak cerita malam terakhir sebelum balik pulang bermalam iaitu hari Jumaat baru-baru ni. ni dah masuk cerita sedih ni. haha. malam tu balik prep malam lepas dah makan semua aku terus balik bilik. balik bilik mesti lah nak bukak loker kan. macam-macam ada dalam loker tu. tiba-tiba mangga loker tak boleh nak bukak pulak. kunci dah betul dah tapi tak tahu apa masalah nye. 30 minit pertama aku duduk depan loker sambil mencari kombinasi kunci tu. haha. tak boleh jugak pastu aku dah malas nak betapa depan loker tu, aku siapkan kerja matematik tambahan dulu. lepas dah siap terus sambung bertapa depan loker balik. haishh, sumpah tension. ramai dah cuba tolong aku tapi tak boleh-boleh jugak. last-last aku amik keputusan untuk pecahkan mangga tu. nasib baik ada yang tolong aku. macam-macam perkakas lah aku guna nak pecahkan sampailah Zardy guna Fire Extinguisher untuk pecahkan. Alahamdulillah, boleh bukak jugak :) dah dapat bukak tu, aku terus keluarkan baju melayu sebab nak jahit logo maktab. 

ha, tamat jugak kedua-dua cerita atuk. malas la atuk nak taip lagi. bukan ada yang nak baca panjang-panjang pun kan. haha. selamat bercuti semua :) 


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers