Archive for 2012

2013 : another year to live


posted by Hadri Aziz

No comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera

wow, 2012 dah nak tamat. macam tak percaya. esok tahun baru, permulaan baru, azam yang sama tiap tahun, hari baru, buku baru, pengalaman baru. Ya Allah macam tak percaya 2012 dah nak habis. i willl be expecting more good things to happen in 2013. dengan PLKN, keputusan SPM, dan juga kehidupan baru di universiti atau kolej. tak sabar nak tunggu apa yang Allah dah rancang untuk aku. 

guys, strangers, acquaintance, anonymous, thanks for making my 2012 the kind of best year of my life. banyak perkara yang menarik berlaku. banyak memori masam pahit manis. thanks to my bestriend, Mustafa, Nik, Azrul for making my life awesome. thanks isteri isteri ku, Amy, Pija dan Jijie kerana sudi bermadu dan menceriakan hidup aku. waktu aku sedih dorang lah yang ceriakan aku :') korang lah isteri yang terbaik pernah aku ada. thanks also to my daughter , Husna, recess and class time wouldnt be awesome without you. to my crazy classmate, you guys are the best classmate ever since aku form 1 kat MRSM KKB. i really do miss you crazy guys. thanks a bunch to all of you. and not to forget, my boyfriend, Shamsul Aiman, i love you kawan, i promise i will never forget you. i promise. 

with this i ended 2012 with Alhamdulillah and started 2013 with Bismillah 


http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

Birthday


posted by Hadri Aziz

4 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ni bukan post happy happy ok, ni post sedih. maka sila sediakan tisu atau kain. thanks. haha. sungguh melampau. aku rasa aku je yang akan menangis kalau baca balik apa yg aku dah merepek ni.

so tahun depan, 13 Februari, another year im alive. its my "anniversary day i pooped out from my mom vag" ok TMI. sory. hahaha. ok serius, birthday aku. so selama aku betul betul hidup dan matang, aku tak pernah sambut birthday dengan keluarga atau kawan. tak pernah ingat aku tiup birthday kek. yang ada cuma ada gambar waktu kecil dulu dengan kek. waktu tu tak minat lagi nak sambut birthday.

so tahun depan aku ingat boleh lah sambut since aku dah bebas daripada kehidupan berasrama kan, tapi tahun depan pulak birthday aku waktu aku kat kem PLKN. paling teruk hari humpday, hari rabu. . kalau sabtu ahad boleh lah aku sambut. jujur aku cakap aku dengki tengok kawan aku yg bawak kek bawak KFC nak sambut birthday. haaihh. masuk sekolah menengah lower form, back then i was a loser. kawan boleh kira dengan jari. takda pun yang nak wish. bukan takda, ada tapi ntah lah. haha. tak bersyukur sungguh. masuk form 4, awal tahun tak kenal lagi budak baru. masuk form 5, ramai jugak lah yang wish tapi still takda celebration. i want a birthday cake so so bad ! everyone should know cake is the love of my life

tapi aku ada teringat aku ada baca artikel, birthday bukan kek dan juga sambutan semata-mata, hari tu lah kita kena berterima kasih kat mak kita kerana melahirkan kita. hari tu jugak lah kita kena bersyukur kita masih hidup. Ya Allah, aku baru sedar benda ni bila dah banyak membebel taip bukan bukan. aku ingat lagi awal tahun ni aku yang hantar text terima kasih kat aku aku instead of her wishing me. Hm, dah tak tahu nak cakap apa. aku hanya mampu bersyukur je sekarang :) Alhamdulillah

http://about.me/hadri
Hadri Aziz. 

#PhotoMemories Fun day at AEON Ipoh Station


posted by Hadri Aziz on

No comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :)

23 September 2012
Aku dengan Nizam mengambil keputusan gila untuk keluar jalan jalan dengan Ika dan Dila. ok memang gila. bukan nak keluar dekat pekan KKB je tapi sampai nak jalan ke Ipoh. jauh ok Ipoh dengan KKB -.- selepas otak aku berfikir secara tidak rasional akhirnya aku join je dorg. haha
malas nak cerita panjang-panjang, kat ipoh jalan jalan, makan makan then tolong nizam beli baju untuk dinner. tengok jam dah 7 malam. gelabah nak balik sebab takut terlambat tapi Ika dengan Dila masih dalam pawagan lagi. aku dengan nizam tak tengok wayang sebab tak sempat. kereta tak boleh bwak laju sebab ada masalah. dalam kereta bincang ah macam mana nak lepas pak guard bla bla cikgu semua siap sediakan alasan lagi. haha. akhirnya sampai tanjumg malim dalam kul 10.30 lepak lepak kejap pastu pergi makan kat restoran berdekatan UPSI. dalam risau boleh lagi makan. haha. pastu balik. nasib baik pak guard tak kesah kitorang balik lambat. sampai bilik kwan marah marah sebab buat dorang risau sampai nak call polis. bhahaha. sory ah :( bateri phone aku dengan nizam dua dua mati tengah jalan. still rasa bersalah lagi dekat kawan kawan aku. waaaaaaa

masih happy lagi sewaktu bertolak. tak pikir ada masalah T_T

nak try SOS sebab kereta ada masalah tapi tak jadi pape pun. hiasan je





sempat lagi minum ni. mulut membebel "weh mana dorg ni *minum* weh risau *minum*"

me and Tay Lautner. weeee

makan malam. muka happy kan ? bhahaha
tak tahu nak cakap ni memori pahit atau manis. hahaha. tapi best jugak sekali sekala jadi budak nakal :P

I miss you so bad it hurts


posted by Hadri Aziz

No comments


I MISS YOU.
I MISS YOUR SHINY SHIMMERING CRYSTAL CLEAR SPARKLING PAIR OF MIRACLE EYE
I MISS YOUR CURLY BLACK HAIR
I MISS YOUR HIGH TEMPERATURE SMILE THAT MELT PEOPLE
I MISS YOUR CUTE LITTLE VOICE
I MISS YOUR LAUGH
I MISS YOUR HAND
I MISS YOUR UNTONE FACE
I MISS YOUR HAIR BROWN
I MISS YOUR CHEEK
 I MISS YOUR CHIN
I MISS YOUR NOSE
I MISS THE WAY YOU LOOKED AT ME
I MISS YOUR JOKE
I MISS HOW YOU IGNORE ME
I MISS YOUR TEXT

I MISS EVERYTHING ABOUT YOU BABE, EVERYTHING

SORRY I SOUNDED A LITTLE BIT LIKE A PERVERT AND MAYBE SOUNDED A LOT LIKE A DESPERATE MAN BUT I CANT HELP MYSELF BABE, I CANT. IM LIKE A LOST PERSON TRYING TO FIND THE WAY OUT FROM THE DARKNESS AND ILLUSION AND IMAGINATION. MY MIND IS FUCKED UP BY YOU. PLEASE DONT JUDGE ME. PLEASE DONT. AND PLEASE DONT MISUNDERSTAND ME. DONT MISUNDERESTIMATE ME. 

#PhotoMemories 5 Bestari 2012


posted by Hadri Aziz on

4 comments

Assalamualaikum dan salam ceria :)

5 Bestari, the most happening class ever. yeah jujur tak tipu. banyak memori masam pahit manis kelat semua ada. bergaduh ? ala biasa lah kan. i will mish mish 5 Bestari like a rocking baby. haha. thanks for all the memories. kalau dapat jumpa ramai ramai lagi kan best. pastu camhowring. muahaha. hobi 5 Bestari penuhkan muka dorang kat kamera aku. you guys rock !

waktu makan petang di rumah HEA 

oh handsome me. erk pang muka sendiri -.-

kak faz, nisa and farah najihah 

feeling beautiful lah mereka ini

ladies 

lepas perut dah penuh. haha



we bought durian, we ate it. malam tu semua busuk bau durian

muka excited masing masing sebab dapat busukkan mulut dah puaskan nafsu
sambutan peringkat MRSM KKB 2012. bunyi nak gembak je . haha
pagi ni cikgu tak masuk kelas so suka lah kami

me and ma daughter, husna YOOOO !

nampak tak una tgh jual baju ? hha

ecah nyot nyot, nisa hippo, amy chicken. muahahah


husna amy and me rocking the morning sunlight

graduasi 2012 :')

photo courtesy of Hadri Aziz and AzrulAzril


Fraser Hill Unexpected Experience


posted by Hadri Aziz

3 comments

Assalamualaikum HELLOOOOOOOOOOOO !

Excite excite, first sebab dah lama tak update blog, dua sebab baru balik Fraser Hill, tiga sebab baru lepas makan, empat lima enam dan seterusnya takda sebab yang munasabah.

27November2012, sepatutnya semua budak Biologi dah balik, tapi ayah aku busy walaupun sebenarnya tak busy mana and aku terlampau keras kepala tak nak balik hari tu, so aku balik 28November2012. Malam tu tinggal sorang-sorang dalam bilik. Budak prinsip akaun semua belajar sampai pukul berapa ntah so aku #foreveralone. haha. hari Rabu tu tetiba ayah aku suruh pakai cantik cantik sebab nak pergi Fraser Hill. sebanarnya dari from 2 lagi nak pergi akhirnya sekarang baru dapat pergi.

skip skip skip cerita dengan family, malam tu pukul 7.30 lepas solat Maghrib, aku keluar jalan-jalan sekitar pekan Fraser. aku Instagram ah gambar #foreveralone tengah lepak sorang-sorang di malam hari then @iejam_akito tetiba tweet " ko pgy sane dgn nazirul ke? "
 and i was like
 " woiiiii. Aku pgy dgn family lah. Haha" .
@iejam_akito tweet " ouh ye ke,, btw nazirul pon kt f. hill gak,,"
and me " ha. Mana kau tahu ? Kau txt dgn dia eh ?"
so aku terus text Nazirul tanya dia kat mana. dia kata kat Bunglo The Glen. waktu tu mana lah aku tahu kat celah mana The Glen tu. pahtu jalan ah cari jalan tu. rupa-rupanya kalau nak pergi Glen, kena jalan dekat jalan gelap. yeah, memang best. aku dah text Nazirul cakap tak nak ah pergi, seram. haha. pahtu terpaksa jugak ah aku redah jalan gelap tu. ok lawak gila, waktu redah jalan tu, aku on call dengan Nazirul, aku suruh dia teman aku. ahah. pahtu aku lariiiiiiiii sampai ah tempat ada cahaya sikit. sampai Glen aku dah mengah-mengah. jumpa parent dia kejap then aku gerak dengan dia jalan-jalan kat pekan. nak pergi pekan tu kena redah jalan gelap lagi tapi nasib baik ada teman. haha. malam tu lepak tepi jalan, jalan. lepak, jalan, lepak, jalan pahtu berhenti kejap dekat kedai. hot drinks and French Fries. ok dekat kedai makan ni ada cerita lawak tapi budak budak tak boleh dengar tak boleh baca. lepas lepak tu aku dengan Nazirul dah janji nak turun dekat padang Fraser Hill Golf Club sebab nak pegang rumput. haha. pecah masuk kot. sepatutnya tak boleh tapi kami nakal. then lepas dah jalan dekat padang dia, kitorang jalan balik bunglo pulak. malam tu aku tido dekat bunglo dengan dia. sampai bunglo pukul 1 lebih kot. pahtu layan movie pulak sampai pukul 5.22a.m baru tido.

bangun pagi gosok gigi mandi, sementara tunggu dia mandi, aku gerak Paddock dulu, tempat tunggang kuda. ok SUMPAH AKU SUKA KUDAAAA! dan unicorn. kenapa lah unicorn tak wujud -.- jumpa family aku kat situ kejap then balik bunglo balik. bunglo dengan Paddock dekat je kot. then pergi memanah dengan Nazirul. haha. best moment ever. dah lah first time memanah. mula mula beli 10 anak panah je. then tambah lagi lima sorang. haha. best best best gila. sumpah nak memanah lagi ! lepas dah memanah, lepak kejap dalam 10 minit then aku dah kena balik. mcam sedih gak ah nak tinggalkan dia. sob sob sob. lepas ni dah tak jumpa lagi. so itu sahaja, lepas tu the rest day dengan family :)

gambar dengan Nazirul takda sebab malam tu aku terpaksa menyerahkan iPhone kepada bonda. agak sedih ah takda gamba dengan dia tapi takpe ah.

i described this face as extremely-excited-face tapi @MizzYasmin kata ni muka orang gila. haha

hashtag forever alone

ni tempat aku dengan Nazirul makan. sebelah Golf je

Fraser Hill Gold Club

Paddock. KUDAAAA !

extremely-excited-face

still excited. bukan muka takut ok

memanah, bang bang ! 

oh saja upload gamba ni, aku jadi hero betulkan tayar kereta. weee.

girl in pink masterpiece pic 

ma momma and poppa

:D

sedih lepas ni dah susah nak jumpa kawan-kawan. sedih dah tak boleh lepak lama-lama. sedih dah tak dapat jumpa girlfriends selalu. sedia lepas ni dah takda istilah "classmate", lepas ni 'lecturemate". sedih sedih sedih sedih. banyak memori aku kat MRSM KUALA KUBU BHARU. pahit manis masam tawar semua ada. i am actually crying while typing this. i miss my friends already. selalu fikir agaknya macam mana lah kehidupan lepas SPM. bla bla. kawan lepas ni ada ke yang sama. argh :/
dear kawan kawan, gud luck in your life :'D


p/s: sorry kalau ada typo 

habuk.sawang.labahlabah.blablablaaa


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualikummmm dan salam satu Malaysia.

wahhh, wahhh, wahhhh,
sumpah dah lama tangan tak gatal gatal nak menaip kat blog ni. kehh, sumpah dah berhabuk habis dah blog yang bushukk ni. hahaha
i swear lot of happening happened semenjak aku tak menaip ni

-Aku dapat PLKN. k sumpah sedih -.-
-Puasa ? tak wish pun kan aku nehh. sombong lah anak aziz ni
-apalagi apalagi, haihh, bnyak tapi sumpah tak ingat dah. anak aziz ni dah tua. hahaha
-oh yeah, saya jatuh cinta, err, entah lahh, benci benci perasaan cinta ni. pang nanti, tetiba ngada2 ak cintan pulak

dahh, tu je. yang lain private ok ? hahaha. ekceli baru lepas seminggu habis exam Pra-Trial, tapi dah rasa macam dah habis SPM, boleh lekkk jeww. risau sumpah risau tapi hati nak enjoy lagi. Trial sebenar pulak lepas raya raya raya. hoooreyy, balik raya tak blaja, trial jawab macam haprakkk. mampos kau zul, baik kau blaja, ayokkk. err. k bye, nak kasi ikan makan, nak makan KFC kat sebelah ni, nak layan Glee, nak enjoy kejappp. tralalalallaalala :P

chillax bersama kembar seiras. er, can somebody tell me kenapa aku
upload gambar ni ? (gambar 10ogos2012)

p/s: sila ke Youtube dan enjoy tarian yang serba seksi oleh Nicki Minaj. lagu Pound The Alarm. yeah, your welcome


Zul Hadri Abd Aziz. 

Vlog di Geneva, Switzerland (Part Two)


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum salam sejahtera !

Semalam satu hari berhempas pulas menggunakan aplikasi Vegas Pro untuk mengedit video semasa di Geneva.  Dah lah baru pertama kali guna Vegas, haha. pastu tiba-tiba tengah buat laptop buat masalah, pastu terpaksa mula balik, rasa macam nak mencarut gila gila ah waktu tu. tapi akhirnya siap jugak walaupun video tu jadi buruk.

maaf ye ada gambar yang terlalu laju dan ada suara yang tak berapa nak dengar.
lebih baik tengok kat youtube baru nampak sikit . nah link, hamek kau !


..more..
Geneva Part One

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Geneva, Switzerland ! (Part One)


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan salam antarabangsa !

Dah sebulan berlalu sejak aku dan kawan-kawan aku mendarat di Malaysia daripada lapangan terbang Amsterdam, tapi baru hari ni terasa nak menaip karangan 1000 patah perkataan. haha. Seperti ramai yang dah tahu, sebulan lepas kami join pertandingan IEIG (Interational Exhibition of Invention of Geneva yang berlansung di Geneva, Switzerland. Tahun ni tahun pertama MARA menghantar kumpulan pelajar bagi memasuki pertandingan IEIG ni. Tahun lepas mana adaaa.

Isnin, 9 malam waktu Malaysia. Malam untuk berlepas ke Geneva. sebelum ke Geneva kena transit kat Amsterdam Schiphol dahulu. Pukul 9 ni semua delegasi berkumpul termasuk dua orang guru pengiring. waktu tu rasa bapak excited. rasa macam nak jerit je. mak ayah itew hantar kita kat KLIA. pukul 10 ke 11 ntah kitorang semua dah masuk gate. waktu tu rasa so sweet je nak nangis sebab tinggal ayah dengan ibu. haha, macam lah kat asrama tak kena tinggal kan. kbye Malaysia !

boarding pass a.k.a kertas ajaib. kalau takda kertas ni tak boleh naik flight
dengan ibu bapa kesayangan. ececece
Selasa, 5 pagi waktu Amsterdam. yeah, dah mendarat dengan selamat. sebelum tu siyes best duduk dalam kapal terbang. haha. biasalah orang ni pertama kali naik flight terbang bapak jauh. dalam flight aku duduk layan movie je. macam macam movie boleh tengok. aku tak dapat nak bersembang sebab kitorang semua duduk jauh jauh. tu la, siapa suruh check in lambat, kan dapat seat bersepah -.- Kat Amsterdam tak dapat nak buat apa-apa pun. Flight untuk ke Geneva akan berlepas dalam masa yang terdekat. pastu terpaksa masuk lane khas sebab flight dah nak berlepas. dah tu kitorang orang last masuk flight. macam awkward jugak sebab flight kena tunggu kitorang.


lihatlah dunia, makanan dalam flight. haha. ni breakfast semasa
nak sampai Amsterdam. sumpah licin aku makan. -.-

upon arriving at Amsterdam. sempat lagi ambik gambar sebab tak tahu
flight tengah tunggu kitorang 

matahari pagi. 

upon arriving at Geneva. eii, rasa nak menjerit je waktu tu.
haha. ehh, nampak tak ada bnda putih atas beg aku?
haha, tu kitorang paggil Baby. aku dipertanggungjwabkan
untuk menjaga baby tu. padahal poster je kan. haha

ni boarding pass jugak. haha. lwak ke, ni pas nak masuk
Palexpo. Palexpo ni lah tempat kitorang ber-exhibition.
sumpah besarrr yang amat natang Palexpo ni  

Salah satu kemudahan awam di Geneva. bagus kot, nak pergi maan2 senang je. 
muka risau naik bas. ekeke


dalam perjalanan ke Hotel



sangat peramah. nice !

tengok tu budak botak senyum -..-

permndangan daripada bilik hotel. bwah tu Starbuck

lepas dah rehat rehat, kitorang keluar makan. lapar kot. waktu ni pukul 3 waktu geneva

ni Chicken Galette. ntah apa maksudnya.
haha. konsep dia macam kebab

lepas dah gemok, jalan-jalan pulak kat tepi Tasik Geneva. 

Girls Generation uolsssss. haha. pang lempnag muka sendiri sebab ngada2

anak itik mak ilai ilai. atotoot, manje kot. nak makanan ah tu.
sorry derr, makanan takda. duit ada. nak ?

yeah, model dari Malaysia. 

aksi 5 tahun ke bawah. tu kat belakang tu ada seorang minah ni
bagi nama Pokok Bogel. haha

Bajet sweet dengan Fatin

dari jauh boleh nampak Water Jet.
sebenarnya tak tahu apa namanya,
suka-suka je bagi nama Water Jet. haha

tulips. !

Bajet sweet dengan Sya pulak


bunga tepi jalan. haaa, kalau kat Malaysia bunga tepi jalan bunga taik ayam je 

"i'm at the payphone, trying to call home."


ni lagi binatang jinak mintak nak kena gigit dengan aku. ieee, comel sangat


fuhh, hari pertama habis mcam tu je, balik bilik dalam keadaan penat-penat. kat sana pukul 7 kedai dah tutup, so malam-malam terperap kat bilik sambil tengok cerita bahasa french. nasib baik ada channel yang boleh tukar bahasa english. kalau tak naik gila aku . haha. malam2 je mesti ada cerita 18 tahun keatas -.- yeah !

Hari kedua, rabu, 18 Julai. hari  ni hari judging. Alhamdulillah, going very welll. judges dia tak gedik macam judges kat Malaysia. haha. lepas dah kena judge terus melilau jalan-jalan sekitar tapak exhibiton.

Breakfast! tiap tiap hari terpaksa diet makan benda sama.
> oat, susu, buah2, roti. yummmm

dihadapan Palexpo Halle 7. murid, Halle 7 maksudnya Hall 7.
paham? 

pastu gedik gedik lagi jalan-jalan kat Aeroport pulak. muridddd, Areoport tu
airport lah. hehe. Aeroport dekat sebelah dengan Palexpo je. jalan kaki dah sampai.
ni dekat kedai coklat. iskk, rambang mata wehhh. semua aku nak. 
Hari ketiga, 19 April. Hari ni tak buat pape pun. duduk kat Palexpo sambil melayan warga Geneva. Bagus sangat, even orang tua dengan orang sakit pun sanggup datang. Kalau kat Malaysia memang takda lah warga emas nak datang. kalau tak silap hari ni kot sempat berjalan ke Manor iaitu pasaraya yang agak terkenal kat sana. kat Manor habiskan duit beli cokelat. yehaaa


kalau nak beli cokelat kena tgk kod kat cokelat tu sebab
taknak ada cokelat yang ada pigment babi
atau apa-apa yang tak halal. kat sana aku jadi Jakim. haha.
Kalau nak tahu Halal ke tak tanya aku, nanti aku cek. 


temporary heaven ! 
The End. ok lelah aku taip -.- sila nantikan sambungan part 1 ni . eceh, mcam cerita bersiri pulak. Part 2 pulak cerita main salji. yehaaaa!. bye !

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Google+ Followers