Semalam kan.....


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan Salam Ahad !

Institut Memandu Asia 
Semalam kan, aku pergi dengar ceramah motor. um, bukan la aku nak kecoh dengar ceramah yang bosan tu. Memang bosan la kalau cerita pasal ceramah 3 jam tu. haha. Nak cerita sikit perjalanan hari semalam. Pagi-pagi bangun pukul 6.45pagi, layan Facebook kejap, pastu mandi. eh, wajib ke cerita macam ni? tak payah lah kan. skip terus. dengar ceramah motor, cerita pasal disiplan di jalan raya la , ape la. Telinga aku sakit gila ah, ada bebudak serba loyar buruk duk merepek. bila penceramah tu tanya, jawab bukan-bukan. memang la lawak, memang la aku gelak sakan. tapi bila dah banyak kali buat jadi bosan la. sakit hati pun ada. Penceramah tu pulak boleh je layan dia. nasib baik penceramah tu tak panas baran. perempuan pulak, kalau emo mahu dia campak pad. eh. campak kerusi. haha. 

Habis ceramah dalam pukul 12.45tgh hari. Ingatkan dah boleh balik. Penat duduk lama-lama kat institut memandu tu, tak pasal-pasal kena stay. Petang tu ada amali apa entah, dia ajar la macam mana nanti nak ambik ujian bahagian 2 dengan bahagian 3. Ni best sikit sebab praktikal, tiada teori yang menyeksa minda. yeah ! Praktikal sampai pukul 5 petang. Yang aku tak suka, seharian suntuk aku duduk dekat institut memandu tu. nasib baik ada kawan aku, kalau tak forever alone la kat situ. makan tgh hari alone, gelak alone. tak pun aku tweeeeet memanjang bukan-bukan. haha. yang best ni ada pulak sorang tu muka dia sangat mencairkan minda aku. aku suka bila dia senyum. haha. dah , merepek je aku.dah nak balik tu, aku mintak abang yang bertanggungjawab hantar aku dekat KFC Sungai Besar. setengah jam tunggu bapak aku datang amik, mak aku suruh tunggu kat situ sebab nak pergi beli baju dan beg untuk sekolah tahun depan. 

Sementara menuggu tu aku banyak menyaksikan gelagat manusia kat sana. 

Ni antara gelagat manusia di sana.
Orang ni tak gila, ke dia gila ? ntah la, dia boleh membaca
sebab dia boleh baca notis
depan KFC tu "pintu kanan rosak".
Dia jadi penyambut tetamu, orang keluar masuk
dia buka pintu, pastu bila
orang keluar bwak KFC dia tadah tangan
kesian la tgk dia. *genggam duit di tgn 
Bila ayah aku dah nak sampai, orang tu pergi. isk, ingatkan dia nak bukak kan pintu untuk aku. haha. Dah, tu je nak cerita, babai. 

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers