i-City and Merry 2012 :)


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan Salam Tahun baru 2012 :)

so semalam aku dan keluarga aku pergi jalan-jalan ke i-City. Dalam perjalanan nak ke sana tu tetiba kenangan menusuk hati aku. ingat lagi waktu aku tinggal dekat rumah Mustafa.ni post hari pertama dan ni post hari kedua berjalan-jalan dengan Mus. Nampak Kedai Kopi then aku cakap "ibu, ni abg pernah pergi dengan Mus dulu". Sampai lah mak aku berkata-kata "ajaklah Mus pergi i-City sekali, ibu belanja tiket masuk Snowwalk". aku pun apa lagi, excited melonjak-lonjak lah. hehe. Sebelum pergi i-City, kitorang pergi butik Batik Hungga kejap. nak jumpa tokey dia. hehe. Kemudian terus pergi i-City. Sampai i-City, Mus call, dia confirm pergi sana dengan abang, mak dia dan adik dia.

Sampai je, lepas dah salam-salam mak dia. aku dengan Mus terus lagi
daripada golongan dewasa dan golongan budak-budak

Sebenarnya nak naik ni, tapi tak boleh naik lagi
sebab apa tak tahu. haha. ape ek nama benda ni?
kalau aku manager, aku bagi nama E-ye-City. terbaik kan? haha 

lepas dah puas pusing-pusing, kitorang pergi
pintu depan SnowWalk

Sebelum masuk SnowWalk. Siap sedia berpakaian.
wa cakap baju tu memang panas, tapi bila
masuk baju tu lah pnyelamat. haha



rumah dalam SnowWalk. berhenti minum
cokelat panas. 



ada satu masa tu, aku hampir terjatuh
sebab licin sangat. haha. makcik-makcik
semua pandang aku. sumpah malu. 

row wor wor your boat !

ni gambar sebelum aku dan mus keluar daripada sangkar sejuk ni.
haha, sumpah sejuk.



tudung purple tu mak aku, tudung kuning tu mak mus 



jalan-jalan kat sekitar i-City. waktu ni Mus dah balik.
waaa, bye mus. 





Spacewalk. mus ngan aku nak naik ni, tapi dia dah balik dulu.
tapi kan Mus, kalau nak naik sumpah panjang
gila kena beratur. sumpahhhh panjang





The end, lepas dah puas-puas jalan-jalan, terus balik. Best gila la semalam. Thanks Mus sebab sudi datang :)


Hoy, Hoy, esok dah 2012. Sumpah takut nak masuk alam 2012. Macam masuk Time Machine pulak. bangun pagi tahu-tahu dah 2012 nanti. haha. lagu Rihanna bertajuk Farewell di bawah di dedikasikan kepada 2011. aku tahu lagu ni untuk kekasih yang dah pergi, aku dah anggap 2011 sebagai kekasih aku sebab tahun 2011 ni kan tahun honeymoon. haha. bye 2011. selamat berdikari.Farewell darling !!

Kepada manusia sekalian, semoga 2011 anda berakhir dengan senyuman. dan semoga 2012 anda dimulakan dengan senyuman juga. semoga tahun 2012 kita diberkati dan kita berjaya di tahun 2012. selamat merempuh cabaran dan dugaan. wassalam :)


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers