Cerita penuh sesat di Kuala Lumpur


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

haaa, alhamdulillah, baru rasa rajin nak update blog. haha. kalau tak memang tinggal video tu je lah yang jadi last update dan entah bila lagi aku nak update nanti. hahah

kembali ke seri pentas utama, cerita ni berlaku pada hari Rabu bersamaan 7.12.11.
hari tu aku ada temu janji dengan kawan-kawan aku kat Berjaya Times Square , Kuala Lumpur.
Seperti yang korang dah tahu, rumah aku dekat Sabak Bernam. Jauh dengan KL iaitu bersamaan 2 jam perjalanan menaiki kereta. Haru tu ayah aku ada mesyuarat di KL maka dia beliau tak dapat nak jadi pemandu tak berbayar. hehe. Hari Selasa sebelum Rabu tu aku dah beli tiket bas untuk ke KL. Bas paling awal bertolak pada jam 8.45 pagi. sebenarnya aku mengharapkan bas pertama pada awal jam 6.30 pagi sebab cepat sikit sampai KL kan. Bertolak dari Sabak Bernam pukul 8.50 pagi, sampai ke Kuala Lumpur di Perhentian Pudu Sentral pada jam 12.00 tengah hari. whoa, lama gila kan perjalanan. 3 jam lebih bila naik bas. sebenarnya pemandu bas tu ada berhenti kat mana ntah dan 30 minit telah di bazirkan macam tu sahaja. adoy, aku dah la nak cepat hari tu sebab dah lama gilatak jumpa kawan-kawan aku ni. empat-empat kawan aku dah tunggu dekat KL Sentral menanti aku. Yelah, untunglah, rumah dorang dekat-dekat je kan. Rumah aku jauh. =.=
Sampai Pudu Sentral, terus pergi LRT Plaza Rakyat, bersebelahan dengan Pudu Sentral, dekat je, jalan kaki 2 minit. Destinasi seterusnya KL Sentral. naik lah LRT tu, pastu sesat. Aku call S dengan M. Tanya macam-macam la. Memang gelabah tahap gagan sebab sesat. Ye la, nak pergi stesen KL Sentral, dekat LRT tu mana dia tulis KL Sentral. memang gelabah sangat. tambah pulak perasaan tak sabar. haha, nasib baik aku tak nangis. aku dah macam orang gila kat KL dah. Jalan kehulur kehilir. pastu dalam LRT waktu tengah cal tanya-tanya, aku oleh pulak menari pole dance dekat tiang dalam LRT, ye la, pusing-pusing tiang tu. Kerusi punya lah kosong tapi tak nak duduk. aku nampak pakcik tu dah pandang semacam dekat aku. Kemudian kawan-kawan aku suruh aku tunggu dekat stesen LRT Masjid Jamek kot. ntah Masjid ape. akhirnya dapat jugak jumpa dorang sebab dorang naik LRT pergi kat Stesen Masjid bla, bla, Masjid India kot. er. Kemudia naik jaringan kemudahan awam keretapi Malaysia, LRT dan Monorail untuk sampai ke Berjaya Times Square. Sampai BTS, aku tanya ' ni ke Berjaya Times Square'. then dorang gelak. woi, aku mana pernah sampai sini. adoyh, haha.
Dekat BTS, kami menggila, jalan-jalan, gelak sakan, makan mengemuk, minum itu ini, main bowling, buang masa cari tempat nak makan, solat, kutuk-mengutuk dan macam-macam lagi aktiviti untuk 18 tahun keatas. 
Petang dalam pukul 6.30petang, sesi perpisahan. sedih sangat. tak tahu bila dapat jumpa lagi kelibat mereka, yang N dengan M boleh jumpa lagi. A dengan S ni ha, setahun sekali je dapat berjumpa. sob, sob. Perpisahan berlaku di stesen Monorail Hang Tuah dalam keadaan yang sangat tak senang. Ye la, dalam monorail tu mampat gila orang. nak salam pun terpaksa angkat ketiak. dari Stesen Monorail Hang Tuah, aku  jalan kaki ke Stesen LRT bla, bla, bla, er, tak ingat. dari situ aku naik LRT ke stesen LRT Pudu. Pastu sesat pulak kat Stesen Pudu tu, cari mana Sesen Bas Pudu Sentral. melilai punya sampai masuk pekan bandar akhirnya aku tanya sorang mak cik ni. "mak cik, tompang tanya" mak cik tu terkejur gila gamba, mungkin dia ingat aku nak merompak. mak cik, lek la, muka budak baik ni. apela. kemudian aku tanya mana Stesen Bas Pudu Sentral. Makcik tu cakap "adik pergi naik LRT, pergi ke stesen LRT Plaza Rakyat". aku=demnnnnnnnnnn. haha,, Ya Allah, salah stesen rupanya. patutlah aku rasa macam sesat kat dunia lain. Sampai kat Pudu Setral, aku nak beli tiket bas ke Sabak Bernam. ni satu lagi masalah, kaunter tiket bas ke Sabak Bernam dah tutup. alamak, dah la ni satu-satunya syarikat bas Kuala Lupmur-Sabak Bernam. Dalam kegelabahan, aku call mak aku, tanya boleh tak kalau aku bazir duit beli tiket ke Teluk Intan. ha, habis RM19 macam tu je. kalau baik bas ke Sabak Bernam habis RM11.70 je. Aku ingat bas ni lalu Sungai Besar, kalau tak boleh lah turun kat situ, dekat dengan rumah tapi dia lalu Bidor, masuk highway terus sampai Teluk Intan. bas yang aku naik ni memang terbaik lah, satu row biasanya ada 4 seat kan? dalam bas ni satu row 3 seat. kerusi besar punyalah. memang terbaik.nak tidur pun selesa. yang tak best nya ada sekumpulan bangla dalam bas tu. Ya Rab, bising gila la. Macam bas ni dia punya. nasib baik aku bawak mp3, dengar kuat-kuat pastu tertidur. ahhh, dapat rehat kejap. lenguh kaki sebab banyak jalan, tambah lagi dengan sesat semua. Sampai kat Teluk Intan, aku call mak aku. waaaa, tak tahu macam mana nak balik Sabak Bernam. akhirnya suruh mak aku bawak kereta jemput aku kat Teluk Intan. risau sebenarnya, mak aku dah lama tak memandu, dia dah lupa. baru-baru ni dia ada belajar memandu, ambik kelas 2 jam. boleh lah memandu sikit cuma ada la kekurangan keyakinan. Alhamdulillah, mak aku sampai jugak dekat Teluk Intan. catatan terbaru tu, mak aku berjaya memandu sampai sana. bukan dekat, jauh tu, mahu 50 minit memandu. Tapi mak aku memandu perlahan la, tapi masih lagi boleh sampai. Biar lambat asal selamat. Sementara menunggu mak aku, aku lepak sendirian dekat Menara Bercondong Teluk Intan. menghayati pemandangan gelap di malam hari o.O. sendirian tanpa teman. haha. eh, ada la teman, makanan di dalam beg aku menjadi peneman setia. tengah lepak makan, tiba-tiba datang pasangan laki perempuan duduk dekat dengan aku. memang menara condong ni jadi tempat untuk berdating sebenarnya. tengah seronok dengar lagu, tetiba dengar pasangan tu macam bergaduh. yang perempuan tu indonesia accent, yang lelaki tu pure malay kot. ni ha dialo yang aku ingat (p/s; nama yang tertera hanya hiasan semata-mata)

P: kalau abang sayang Ani abg cerai kan Ina, kahwin Ani. Tapi kalau abang Sayang Ina, abng tinggalkan Ani saja. Ani tak kisah bang
L: Ani, abang sayang dua-dua.
P: Abang, boleh bayang tak bagaimana perasaan diduakan? Kesian Ina abang.
L: Tapi
P: tapi apa abang.

haha, dah, tak ingat apa yang dorang bergaduh, yang pasti laki ni nak kawin dua. eh, macam dah lari cerita je. haha. akhirnya aku sampai rumah pada pukul 12 malam tepat. Alhamdulillah sekali lagi, boleh sampai. Kesimpulannya, duit aku banyak gila habis. haha, duit kawan-kawan aku tak sampai RM30 pun habis hari tu, duit aku melimpah sampai RM85 habis. haha, termasuklah duit beli tiket LRT sesat dan sebagainya. InsyaAllah ada masa kita berjumpa lagi ye A, S. InsyaAllah kalau Allah izinkan. InsyaAllah kalau nyawa kita panjang lagi. Terima kasih sangat-sangat M, N, A dan S untuk satu hari yang mencabarkan dan meggembirakan :) sayang korang banyak-banyak-banyak 


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers