2012 ?


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

isk, seram la dengar perkataan 2012. bukan seram sebab nak kiamat ke apa merepek macam dalam movie '2012' tu. tapi macam-macam perkara yang akan berlaku. tahu lambat lagi 2012, dalam beberapa hari lagi kan. sebab terlalu tak sabar, aku sambut 2012 lebih awal.

First skali aku akan berkahwin pada tahun 2012, eh? haha. dah merepek sudah. macam ni lah bila update pagi-pagi buta, otak ting tong tunggang terbalik. haha. yang paling penting sekali mesti la SPM. siapa yang tak kenal Sijil Peperangan Malaysia di mana kita akan berperang dengan kertas yang suci dan mengotorkannya dengan ayat-ayat mantera yang di ambil daripada buku teks dan buku rujukan. kan. kan. pastu tumbuk-tumbuk koyak koyak kertas tu. pastu fail. erk. jangan tiru aksi mengoyak kertas dalam dewan peperangan nanti. mentaliti anda mungkin tercedera parah. 

Muka excited calon SPM. excited excited !
em, bila masuk tahun baru je mesti ada yang tanya "apa azam tahun baru ko?" atau dalam bahasa kampung aku tnya "what's ur new year resolution?". ok, aku benci sangat soalan tu. tiap tahun perbaharui azam tapi bila dah sampai akhir tahun siapa yang ingat azam dia? aku memang sah-sah tak ingat. azam tahun baru ni macam janji manis pada diri sendiri. bagi aku kalau YAKIN baru tanam azam tahun baru. paham adik-adik sekalian ? gooooooood! *angkat ibu jari. aku tak yakin tapi aku akan cakap azam aku nak berubah. berubah jadi apa pun aku tak tahu. jadi bapak orang kot. haaa, tak pun jadi Transformer. er, tak payah nak berloyar buruk boleh Zul ? 

Kepada yang ada tanam azam tahun baru, jayakan azam korang tu. jangan cakap je. isk, aku rasa macam aku ni pakar motivasi. hahaha. *tolak Dato' Fadzilah Kamsah daripada kerusi dia. kepada manusia sekalian khususnya yang tengah baca ni, selamat berjaya di 2012. tak kisah lah 2012 ni nak kawin ke, bertunang ke, tak pun berperang mcam aku gak ataupun dah nak jadik bapak ke, selamat berjaya !

btwkan, dah masuk 2012 ni, kita jaga kesihatan kita. kita dah makin tua. tak tahu apa yang kita makan akan memberi kesan pada badan kita. kalau kurang bersenam apa kesannya. maka, aku sarankan korang layari laman web ini untuk maklumat tambahan mengenai gaya hidup sihat yang boleh diamalkan. selain tu korang dapat semak berat badan ideal korang.

tu aku, nampak tak? nampak tak? handsome kan.
haha, tahu, gambar tu macam teruk, haha. tak handsome
pun sebenarmya. haha

kbai ladies and gentleman :D

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers