Archive for December 2011

i-City and Merry 2012 :)


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan Salam Tahun baru 2012 :)

so semalam aku dan keluarga aku pergi jalan-jalan ke i-City. Dalam perjalanan nak ke sana tu tetiba kenangan menusuk hati aku. ingat lagi waktu aku tinggal dekat rumah Mustafa.ni post hari pertama dan ni post hari kedua berjalan-jalan dengan Mus. Nampak Kedai Kopi then aku cakap "ibu, ni abg pernah pergi dengan Mus dulu". Sampai lah mak aku berkata-kata "ajaklah Mus pergi i-City sekali, ibu belanja tiket masuk Snowwalk". aku pun apa lagi, excited melonjak-lonjak lah. hehe. Sebelum pergi i-City, kitorang pergi butik Batik Hungga kejap. nak jumpa tokey dia. hehe. Kemudian terus pergi i-City. Sampai i-City, Mus call, dia confirm pergi sana dengan abang, mak dia dan adik dia.

Sampai je, lepas dah salam-salam mak dia. aku dengan Mus terus lagi
daripada golongan dewasa dan golongan budak-budak

Sebenarnya nak naik ni, tapi tak boleh naik lagi
sebab apa tak tahu. haha. ape ek nama benda ni?
kalau aku manager, aku bagi nama E-ye-City. terbaik kan? haha 

lepas dah puas pusing-pusing, kitorang pergi
pintu depan SnowWalk

Sebelum masuk SnowWalk. Siap sedia berpakaian.
wa cakap baju tu memang panas, tapi bila
masuk baju tu lah pnyelamat. haha



rumah dalam SnowWalk. berhenti minum
cokelat panas. 



ada satu masa tu, aku hampir terjatuh
sebab licin sangat. haha. makcik-makcik
semua pandang aku. sumpah malu. 

row wor wor your boat !

ni gambar sebelum aku dan mus keluar daripada sangkar sejuk ni.
haha, sumpah sejuk.



tudung purple tu mak aku, tudung kuning tu mak mus 



jalan-jalan kat sekitar i-City. waktu ni Mus dah balik.
waaa, bye mus. 





Spacewalk. mus ngan aku nak naik ni, tapi dia dah balik dulu.
tapi kan Mus, kalau nak naik sumpah panjang
gila kena beratur. sumpahhhh panjang





The end, lepas dah puas-puas jalan-jalan, terus balik. Best gila la semalam. Thanks Mus sebab sudi datang :)


Hoy, Hoy, esok dah 2012. Sumpah takut nak masuk alam 2012. Macam masuk Time Machine pulak. bangun pagi tahu-tahu dah 2012 nanti. haha. lagu Rihanna bertajuk Farewell di bawah di dedikasikan kepada 2011. aku tahu lagu ni untuk kekasih yang dah pergi, aku dah anggap 2011 sebagai kekasih aku sebab tahun 2011 ni kan tahun honeymoon. haha. bye 2011. selamat berdikari.Farewell darling !!

Kepada manusia sekalian, semoga 2011 anda berakhir dengan senyuman. dan semoga 2012 anda dimulakan dengan senyuman juga. semoga tahun 2012 kita diberkati dan kita berjaya di tahun 2012. selamat merempuh cabaran dan dugaan. wassalam :)


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

2012 ?


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

isk, seram la dengar perkataan 2012. bukan seram sebab nak kiamat ke apa merepek macam dalam movie '2012' tu. tapi macam-macam perkara yang akan berlaku. tahu lambat lagi 2012, dalam beberapa hari lagi kan. sebab terlalu tak sabar, aku sambut 2012 lebih awal.

First skali aku akan berkahwin pada tahun 2012, eh? haha. dah merepek sudah. macam ni lah bila update pagi-pagi buta, otak ting tong tunggang terbalik. haha. yang paling penting sekali mesti la SPM. siapa yang tak kenal Sijil Peperangan Malaysia di mana kita akan berperang dengan kertas yang suci dan mengotorkannya dengan ayat-ayat mantera yang di ambil daripada buku teks dan buku rujukan. kan. kan. pastu tumbuk-tumbuk koyak koyak kertas tu. pastu fail. erk. jangan tiru aksi mengoyak kertas dalam dewan peperangan nanti. mentaliti anda mungkin tercedera parah. 

Muka excited calon SPM. excited excited !
em, bila masuk tahun baru je mesti ada yang tanya "apa azam tahun baru ko?" atau dalam bahasa kampung aku tnya "what's ur new year resolution?". ok, aku benci sangat soalan tu. tiap tahun perbaharui azam tapi bila dah sampai akhir tahun siapa yang ingat azam dia? aku memang sah-sah tak ingat. azam tahun baru ni macam janji manis pada diri sendiri. bagi aku kalau YAKIN baru tanam azam tahun baru. paham adik-adik sekalian ? gooooooood! *angkat ibu jari. aku tak yakin tapi aku akan cakap azam aku nak berubah. berubah jadi apa pun aku tak tahu. jadi bapak orang kot. haaa, tak pun jadi Transformer. er, tak payah nak berloyar buruk boleh Zul ? 

Kepada yang ada tanam azam tahun baru, jayakan azam korang tu. jangan cakap je. isk, aku rasa macam aku ni pakar motivasi. hahaha. *tolak Dato' Fadzilah Kamsah daripada kerusi dia. kepada manusia sekalian khususnya yang tengah baca ni, selamat berjaya di 2012. tak kisah lah 2012 ni nak kawin ke, bertunang ke, tak pun berperang mcam aku gak ataupun dah nak jadik bapak ke, selamat berjaya !

btwkan, dah masuk 2012 ni, kita jaga kesihatan kita. kita dah makin tua. tak tahu apa yang kita makan akan memberi kesan pada badan kita. kalau kurang bersenam apa kesannya. maka, aku sarankan korang layari laman web ini untuk maklumat tambahan mengenai gaya hidup sihat yang boleh diamalkan. selain tu korang dapat semak berat badan ideal korang.

tu aku, nampak tak? nampak tak? handsome kan.
haha, tahu, gambar tu macam teruk, haha. tak handsome
pun sebenarmya. haha

kbai ladies and gentleman :D

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Semalam kan.....


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan Salam Ahad !

Institut Memandu Asia 
Semalam kan, aku pergi dengar ceramah motor. um, bukan la aku nak kecoh dengar ceramah yang bosan tu. Memang bosan la kalau cerita pasal ceramah 3 jam tu. haha. Nak cerita sikit perjalanan hari semalam. Pagi-pagi bangun pukul 6.45pagi, layan Facebook kejap, pastu mandi. eh, wajib ke cerita macam ni? tak payah lah kan. skip terus. dengar ceramah motor, cerita pasal disiplan di jalan raya la , ape la. Telinga aku sakit gila ah, ada bebudak serba loyar buruk duk merepek. bila penceramah tu tanya, jawab bukan-bukan. memang la lawak, memang la aku gelak sakan. tapi bila dah banyak kali buat jadi bosan la. sakit hati pun ada. Penceramah tu pulak boleh je layan dia. nasib baik penceramah tu tak panas baran. perempuan pulak, kalau emo mahu dia campak pad. eh. campak kerusi. haha. 

Habis ceramah dalam pukul 12.45tgh hari. Ingatkan dah boleh balik. Penat duduk lama-lama kat institut memandu tu, tak pasal-pasal kena stay. Petang tu ada amali apa entah, dia ajar la macam mana nanti nak ambik ujian bahagian 2 dengan bahagian 3. Ni best sikit sebab praktikal, tiada teori yang menyeksa minda. yeah ! Praktikal sampai pukul 5 petang. Yang aku tak suka, seharian suntuk aku duduk dekat institut memandu tu. nasib baik ada kawan aku, kalau tak forever alone la kat situ. makan tgh hari alone, gelak alone. tak pun aku tweeeeet memanjang bukan-bukan. haha. yang best ni ada pulak sorang tu muka dia sangat mencairkan minda aku. aku suka bila dia senyum. haha. dah , merepek je aku.dah nak balik tu, aku mintak abang yang bertanggungjawab hantar aku dekat KFC Sungai Besar. setengah jam tunggu bapak aku datang amik, mak aku suruh tunggu kat situ sebab nak pergi beli baju dan beg untuk sekolah tahun depan. 

Sementara menuggu tu aku banyak menyaksikan gelagat manusia kat sana. 

Ni antara gelagat manusia di sana.
Orang ni tak gila, ke dia gila ? ntah la, dia boleh membaca
sebab dia boleh baca notis
depan KFC tu "pintu kanan rosak".
Dia jadi penyambut tetamu, orang keluar masuk
dia buka pintu, pastu bila
orang keluar bwak KFC dia tadah tangan
kesian la tgk dia. *genggam duit di tgn 
Bila ayah aku dah nak sampai, orang tu pergi. isk, ingatkan dia nak bukak kan pintu untuk aku. haha. Dah, tu je nak cerita, babai. 

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Random #NonsenseTalkThatTalkThing


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia !

ok, ini post sangat random. sangat sangat random. almaklumlah sekarang pukul 5 pagi tak boleh tidur tetiba otak meluntahkan idea-idea bukan-bukan. haha. 

so, nak bercerita sikit kot, pasal apa pun tak tahu. haha. macam ni la, aku tak pernah pun cerita kat sesiapa pasal siapa yang aku suka, siapa yang aku cinta. ha, sudah, mula lah nak bercinta-cinta ni. haha. emm, tak payah nak terpesong daripada cerita tadi ok. so, aku tak pernah berani pun nak cerita kat sesiapa, biar pun kawan baik aku, kawan sekelas, kawan gila-gila, kawan makan sedangkan dengan kucing aku pun aku tak pernah confess siapa yang aku suka. ha. rasa tak sedap bila cerita pasal ni sebenarnya. tak biasa lagi pun. rasanya sejak dari sekolah rendah lagi aku tak bercerita pasal ni. 


aku sibuk bercerita kat sini boleh pulak kan? haha, takpe, bukan aku nak cakap pun siapa dia. aku suka luaran dan dalaman dia. tak kesah la dia cantik ke, gemuk ke, aku lebih pentingkan dalaman. hati tu lagi penting. tapi dia dah cukup sempurna bagi aku. cantik. haha, geli lah zul cakap macam ni. geli geli geli. dah la, aku patut berhenti. lain kali aku cuba lagi, haha. peace out !

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Random Picture at Lost World of Tambun


posted by Hadri Aziz

2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

hye human being, waktu tengah update ni aku tengah melayah album Miley Cyrus, Cant Be Tamed. suweettt tak, suweeet kan? haha, sweet lah sangat =.=.

dua tiga hari yang lepas aku sekeluarga pergi jalan-jalan di Lost World of Tambun. best, pernah pergi? kalau tak pernah pergi lari kat ayah korang then goyang-goyang tangan ayah mintak bawak jalan-jalan ke Lost World of Tambun esok. tapi yang aku pergi ni bukan aku yang goyang-goyang tangan bapak aku, tapi mak aku yang goyang-goyang. haha. Bayaran masuk dah naik, dulu boleh tahan murah lah. sekarang dah mahal sebab LWOT dah upgrade macam-macam benda. Memang terbaik!

Pintu masuk Lost World Of Tambun.  







Menggedik dengan kamera.
Seksi siot baju tengah basah. haha =.=

Belajar mendulang bijih timah. Ni tarikan terbaru dekat
Lost World Of Tambun. aku dah macam pelombong bijih
timah yang betul  la. haha

tu dia bijih timah, pandai tak aku ? banyak lagi aku dapat,
tapi dah buang balik dalam air.

Free Ride everybody! haha

Chu-chu train. 

Cantik angsa hitam ni, suka aku. nak je tarik leher
angsa ni yang sangat seksi dan menarik. o.O

Captain Jack Sparrow in action! yeeeha!. hahaa, dekat
tempat burung ni, ada satu je burung putih ni.
burung putih ni je lah satu-satunya burung yang
jinak dan boleh diangkat.



Kucing hutan. tapi tak macam kucing hutan,
dah macam diva. Cantik semacam



Pak Goat. Merujuk kepada janggut beliau,
beliau sudah berumur 80 tahun. haha

Merak. siap ada benda atas kepala tu lagi. ni lagi diva





gambar terakhir di Lost World of Tambun.
biasalah, photograper mana boleh ada
dalam gambar. haha
Memang best lah, insyaAllah ada rezeki nak pergi lagi dengan family. Kalau rezeki berganda nak pergi dengan kawan-kawan pulak. hehe.


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Cerita penuh sesat di Kuala Lumpur


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

haaa, alhamdulillah, baru rasa rajin nak update blog. haha. kalau tak memang tinggal video tu je lah yang jadi last update dan entah bila lagi aku nak update nanti. hahah

kembali ke seri pentas utama, cerita ni berlaku pada hari Rabu bersamaan 7.12.11.
hari tu aku ada temu janji dengan kawan-kawan aku kat Berjaya Times Square , Kuala Lumpur.
Seperti yang korang dah tahu, rumah aku dekat Sabak Bernam. Jauh dengan KL iaitu bersamaan 2 jam perjalanan menaiki kereta. Haru tu ayah aku ada mesyuarat di KL maka dia beliau tak dapat nak jadi pemandu tak berbayar. hehe. Hari Selasa sebelum Rabu tu aku dah beli tiket bas untuk ke KL. Bas paling awal bertolak pada jam 8.45 pagi. sebenarnya aku mengharapkan bas pertama pada awal jam 6.30 pagi sebab cepat sikit sampai KL kan. Bertolak dari Sabak Bernam pukul 8.50 pagi, sampai ke Kuala Lumpur di Perhentian Pudu Sentral pada jam 12.00 tengah hari. whoa, lama gila kan perjalanan. 3 jam lebih bila naik bas. sebenarnya pemandu bas tu ada berhenti kat mana ntah dan 30 minit telah di bazirkan macam tu sahaja. adoy, aku dah la nak cepat hari tu sebab dah lama gilatak jumpa kawan-kawan aku ni. empat-empat kawan aku dah tunggu dekat KL Sentral menanti aku. Yelah, untunglah, rumah dorang dekat-dekat je kan. Rumah aku jauh. =.=
Sampai Pudu Sentral, terus pergi LRT Plaza Rakyat, bersebelahan dengan Pudu Sentral, dekat je, jalan kaki 2 minit. Destinasi seterusnya KL Sentral. naik lah LRT tu, pastu sesat. Aku call S dengan M. Tanya macam-macam la. Memang gelabah tahap gagan sebab sesat. Ye la, nak pergi stesen KL Sentral, dekat LRT tu mana dia tulis KL Sentral. memang gelabah sangat. tambah pulak perasaan tak sabar. haha, nasib baik aku tak nangis. aku dah macam orang gila kat KL dah. Jalan kehulur kehilir. pastu dalam LRT waktu tengah cal tanya-tanya, aku oleh pulak menari pole dance dekat tiang dalam LRT, ye la, pusing-pusing tiang tu. Kerusi punya lah kosong tapi tak nak duduk. aku nampak pakcik tu dah pandang semacam dekat aku. Kemudian kawan-kawan aku suruh aku tunggu dekat stesen LRT Masjid Jamek kot. ntah Masjid ape. akhirnya dapat jugak jumpa dorang sebab dorang naik LRT pergi kat Stesen Masjid bla, bla, Masjid India kot. er. Kemudia naik jaringan kemudahan awam keretapi Malaysia, LRT dan Monorail untuk sampai ke Berjaya Times Square. Sampai BTS, aku tanya ' ni ke Berjaya Times Square'. then dorang gelak. woi, aku mana pernah sampai sini. adoyh, haha.
Dekat BTS, kami menggila, jalan-jalan, gelak sakan, makan mengemuk, minum itu ini, main bowling, buang masa cari tempat nak makan, solat, kutuk-mengutuk dan macam-macam lagi aktiviti untuk 18 tahun keatas. 
Petang dalam pukul 6.30petang, sesi perpisahan. sedih sangat. tak tahu bila dapat jumpa lagi kelibat mereka, yang N dengan M boleh jumpa lagi. A dengan S ni ha, setahun sekali je dapat berjumpa. sob, sob. Perpisahan berlaku di stesen Monorail Hang Tuah dalam keadaan yang sangat tak senang. Ye la, dalam monorail tu mampat gila orang. nak salam pun terpaksa angkat ketiak. dari Stesen Monorail Hang Tuah, aku  jalan kaki ke Stesen LRT bla, bla, bla, er, tak ingat. dari situ aku naik LRT ke stesen LRT Pudu. Pastu sesat pulak kat Stesen Pudu tu, cari mana Sesen Bas Pudu Sentral. melilai punya sampai masuk pekan bandar akhirnya aku tanya sorang mak cik ni. "mak cik, tompang tanya" mak cik tu terkejur gila gamba, mungkin dia ingat aku nak merompak. mak cik, lek la, muka budak baik ni. apela. kemudian aku tanya mana Stesen Bas Pudu Sentral. Makcik tu cakap "adik pergi naik LRT, pergi ke stesen LRT Plaza Rakyat". aku=demnnnnnnnnnn. haha,, Ya Allah, salah stesen rupanya. patutlah aku rasa macam sesat kat dunia lain. Sampai kat Pudu Setral, aku nak beli tiket bas ke Sabak Bernam. ni satu lagi masalah, kaunter tiket bas ke Sabak Bernam dah tutup. alamak, dah la ni satu-satunya syarikat bas Kuala Lupmur-Sabak Bernam. Dalam kegelabahan, aku call mak aku, tanya boleh tak kalau aku bazir duit beli tiket ke Teluk Intan. ha, habis RM19 macam tu je. kalau baik bas ke Sabak Bernam habis RM11.70 je. Aku ingat bas ni lalu Sungai Besar, kalau tak boleh lah turun kat situ, dekat dengan rumah tapi dia lalu Bidor, masuk highway terus sampai Teluk Intan. bas yang aku naik ni memang terbaik lah, satu row biasanya ada 4 seat kan? dalam bas ni satu row 3 seat. kerusi besar punyalah. memang terbaik.nak tidur pun selesa. yang tak best nya ada sekumpulan bangla dalam bas tu. Ya Rab, bising gila la. Macam bas ni dia punya. nasib baik aku bawak mp3, dengar kuat-kuat pastu tertidur. ahhh, dapat rehat kejap. lenguh kaki sebab banyak jalan, tambah lagi dengan sesat semua. Sampai kat Teluk Intan, aku call mak aku. waaaa, tak tahu macam mana nak balik Sabak Bernam. akhirnya suruh mak aku bawak kereta jemput aku kat Teluk Intan. risau sebenarnya, mak aku dah lama tak memandu, dia dah lupa. baru-baru ni dia ada belajar memandu, ambik kelas 2 jam. boleh lah memandu sikit cuma ada la kekurangan keyakinan. Alhamdulillah, mak aku sampai jugak dekat Teluk Intan. catatan terbaru tu, mak aku berjaya memandu sampai sana. bukan dekat, jauh tu, mahu 50 minit memandu. Tapi mak aku memandu perlahan la, tapi masih lagi boleh sampai. Biar lambat asal selamat. Sementara menunggu mak aku, aku lepak sendirian dekat Menara Bercondong Teluk Intan. menghayati pemandangan gelap di malam hari o.O. sendirian tanpa teman. haha. eh, ada la teman, makanan di dalam beg aku menjadi peneman setia. tengah lepak makan, tiba-tiba datang pasangan laki perempuan duduk dekat dengan aku. memang menara condong ni jadi tempat untuk berdating sebenarnya. tengah seronok dengar lagu, tetiba dengar pasangan tu macam bergaduh. yang perempuan tu indonesia accent, yang lelaki tu pure malay kot. ni ha dialo yang aku ingat (p/s; nama yang tertera hanya hiasan semata-mata)

P: kalau abang sayang Ani abg cerai kan Ina, kahwin Ani. Tapi kalau abang Sayang Ina, abng tinggalkan Ani saja. Ani tak kisah bang
L: Ani, abang sayang dua-dua.
P: Abang, boleh bayang tak bagaimana perasaan diduakan? Kesian Ina abang.
L: Tapi
P: tapi apa abang.

haha, dah, tak ingat apa yang dorang bergaduh, yang pasti laki ni nak kawin dua. eh, macam dah lari cerita je. haha. akhirnya aku sampai rumah pada pukul 12 malam tepat. Alhamdulillah sekali lagi, boleh sampai. Kesimpulannya, duit aku banyak gila habis. haha, duit kawan-kawan aku tak sampai RM30 pun habis hari tu, duit aku melimpah sampai RM85 habis. haha, termasuklah duit beli tiket LRT sesat dan sebagainya. InsyaAllah ada masa kita berjumpa lagi ye A, S. InsyaAllah kalau Allah izinkan. InsyaAllah kalau nyawa kita panjang lagi. Terima kasih sangat-sangat M, N, A dan S untuk satu hari yang mencabarkan dan meggembirakan :) sayang korang banyak-banyak-banyak 


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Sesat di Kuala Lumpur ?


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum,

whooop, ni ada video untuk di kongsi. Masih hangat lagi. Haha, sebenarnya dah basi dah. cerita dua tiga hari yang lepas.
cerita penuh akan di taip bila masa rajin, haha. 
Serius waktu rakam ni tengah bosan gila. oh, er, kenapa suara aku sangat pelik dalam video ni ye? Kamera, sila jelaskan !




~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Stronger > Sri Pentas !


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan Salam kuat !

Yehaaa, tadi aku pergi ambik hadiah yang aku dapat daripada 8TV Quickie. Seerti yang anda tahu, aku dapat CD album Kelly Clarkson iaitu Stronger.Untuk dapatkan hadiah tu, aku kena pergi ke Sri Pentas Utama di Bandar Utama , Damansara yang jauh nun di sana. Adoy, rumah aku dah la kat Sabak Bernam, nak kena pergi jauh-jauh semata-mata nak ambik CD tu, so aku decide nak duduk di rumah sepupu aku kat Puchong lepas amik CD. Seprti biasa, bapak aku bawak kereta. ada aku, dengan dua orang lagi adik aku. Actually ada tiga orang tapi yang sorang lagi tu tak menetap kat Puchong sebab dia kena balik rumah hari ahad ni nak sunat. heheh.


Pening gila cari Sri Pentas. huhu, tu la, mana pernah pergi sana selama ni. Setakat lalu je. Pusing punya pusing, jumpa stesen minyak, ayah aku tanya orang kat steten minyak ue.


 Akhirnya jumpa jugak. Aku dah excited sangat sebab tak sabar nak amik CD tu. haha.


Masuk seri pentas je terus WOOOOOOOW sebab pertama kali masuk jugak. kakak kaunter pertanyaan tu suruh pergi kat tingkat 3 untuk amik CD tu. Aku ada tersempak dengan Karam Sing Walia (betul ke eja nama?) tapi buat tak tahu je. haha, sorry tak minat. masuk pejabat 8TV aku jumpa sape ntah. ingat muka je, tak ingat nama. Dia mintak Kad pengenalan aku nak buat pengesahan.


yessss, waaaa, lama nak tunggu dia buat pengesahan. nah, CD Kelly Clarkson. best, best, best sgt! masuk kereta aku terus pasang. Thanks again 8TV :)

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Result Final Exam ?


posted by Hadri Aziz

No comments

Assalamualaikum dan Salam Disember !
random crazy people

yesss, dah masuk bulan Disember. SPM pun dah nak habis. Cuti sekolah pun lagi sebulan je dah nak habis. haaa, homework kau tak sentuh satu pun Zul. adoyyy. dah la banyak gila.

sebenarnya otak dah naik gila tunggu keputusan final exam dari maktab ni. woii, sumpah dah gila ni. aku tunggu result ni bukan apa, nak tahu je sama ada ada tak aku gagal mana-mana exam. lagi pun aku nak tahu sama ada aku ada perkembangan atau tak untuk final exam ni. arghhhh, dah naik gila ni. cepat lah surat sampai, cepatlah, cepatlah. setiap hari aku pergi depan rumah tengok peti surat ada surat tak. haha, dah macam apa ntah. kalau aku jumpa pak cik posmen yang hantar surat nanti, aku nak cekik-cekik dengan marah-marah dia. lambat sangat. haha. bersiap sedia pakcik posmen. !

p/s: dah lama tak update blog waktu tengah hari kan, biasa update pukul 12 malam tak pun 1 malam. 


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Google+ Followers