Whattttttttttt ?


posted by Hadri Aziz

2 comments

Assalamualikum dan salam cuti.

Yay!!!!!!!!!!!!!!!
p/s: thats me when i was young, bhaha xD
Yahoooooo, eh, asyik jerit nama Yahoo je, sekali sekala jerit la Googleeeeeeeeee! haha, lawak bodoh lah zul =.=" Saje buang terbiat sebab nak sambut cuti sekolah yang sudah pun bermula secara rasmi pada hari ini. Apa lagi, ni lah masa nak bersihkan sawang Facebook, Twitter, Belog dan macam-macam lagi yang kita jarang bersihkan sepanjang masa sekolah. kan? kan? 

baiklah rakan-rakan sekalian, banyak betul masalah negara yang berlaku ke atas aku semenjak dua menjak ni. bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga. cehh, boleh dapat markah penuh ni dalam exam BM. haha. hm, first sekali, benda yang aku sangat sayang dah hilang. waaaaaaaaaaa. dah tak tahu nak nangis macam mana lagi. aku sayang gila pendrive tu. pendrive ue hilang masa Sambutan Graduasi 2011, ada lah orang yang tak bertanggungjawab tu pinjam untuk guna kat belakang pentas sebab nak tanyangkan slide gambar dengan backdrop untuk majlis Graduasi tu. lepas habis je Graduasi aku terus lah balik sebab dah penat gila jadi jurugambar tak bertauliah. sampai rumah tu aku baru teringat pendrive aku kat dia, boleh la aku relax lagi sebab ingat kan dia dah simpan kan. sampai maktab je, aku tanya dia, dia kata takda. jantung aku dah jatuh. then aku tanya Ummi (HEA kita !), tanya cikgu eton, tanya kawan-kawan aku. aku sampai terpaksa cari sendiri kat dalam dewan tu. tapi malang kaki busuk tak berbau, tak jumpa apa-apa pun :(

kemudian, cerita pasal exam pulak. waaarg, tetiba ngantuk pulak bila cakap pasal ujian akhir tahun ni. bukan apa, duduk je terus ngantuk. memang mengharimau lah depan paper exam. aum, aummm. haha. Alhamdulillah ada yang boleh jawab, ada yang otak senget benget sikit. ada yang memang blank gila. ada yang machine gun, bang, bang, tembak je. hahaa.

ha, ha, ni ada satu lagi sumpah rasa nak cekik-cekik. argggggggggg. tadi ada manusia ni pinjam charger phone aku sebelum balik maktab. then boleh pulak dia "terbawak" balik rumah dia. weh, sumpah ko cari nahas doe. rumah aku dah takda charger phone nokia la weyh! sumpah ko tempah maut tahu tak? isk, kalau boleh nak berlagu madu sambil mencarut je kat sini tapi tak nak la tepek lumpur kat blog ni kan. sumpah geram weh. aku tak nak la berhabis duit beli charger baru. tak nak lah beli charger yang tak original, bukan oke pun. ahhhhhhhhhhhhh. sengal. semoga bahagia dunia akhirat !! pahni phone aku mati lah tu.

Fuh, dah takda pape lagi nak membebel kat sini. makin lama makin banyak pulak cerita tak puas hati yang aku tulis kan. sebenarnya mana ada yang nak baca, kecuali kalau ada yang terdesak sebab bosan sangat je yang baca. kan? ko mesti tengah bosan sebab tu baca repekan aku ni? takpe, biar aku cerita happy pulak. group Science Project aku nak cuba apply untuk Intel ISEF iaitu pameran projek sains antarabangsa yang akan diadakan di Pittsburgh pada tahun depan. so, doa-doakan lah kami berjaya untuk ke sana dan dapat jumpa sponser tiket dan macam-macam lagi. oke? wahaaaaaa :D


~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

2 comments

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers