Kedah-rians


posted by Hadri Aziz on , ,

2 comments

Assalamualaikum dan Salam Satu Aiskrim. 

Yumm, sedang menaip sambil makan aiskrim, seksi kan? =.=" hahaha.
Oke, tittle sangat pelik. kan. Kedah-rians? er, biarlah.
Sebenarnya nak cerita tentang apa yang berlaku semenjak semalam. ha, semalam kan ada majlis pertunangan sepupu aku. dia bertunang dengan orang kedah. so 3 buah kereta yang di import dari kedah datang bertandan kat rumah sepupu aku.
oke, bosan kalau cerita saja kan. masa untuk gambar. yaaay! *tepuktepuktepuk tangan aku tahu korang suka. kan. kan. haaaaha

askar pihak lelaki dah sampai. kompang everybedyyy.
pak pak. kom pang kom pang

ni salah satu hantaran askar-askar pihak lelaki. wah. kek bentuk beg LV kot.
sumpah manis semanis gula yang diselubungi semut. er

Bapak aku mewakili askar pihak perempuan. hati-hati, bapak aku
ada application pistol kan iPhone dia. karang kena tembak.!

tu yang kat tengah juru cakap pihak lelaki. say "keju basiiiiiiiiiiiiiii" :D

aku suka gamba mak aku yang ni. comel kan :)

tu dia pengantin. eh? bakal pengantin
tgh cium bakal mak mertua
bla. bla. bla. lepas dah habis program yang serba gilang gemilang, golongan-golongan tua bersembang. ayah aku ajak askar pihak lelaki bejalan-jalan sekitar Kelantan. Pukul 8 malam tu kitorang gerak pergi Wakaf Che Yeh. mwahaha, berbelanja sakan askar pihak lelaki yang datang dari Kedah. bukan selalu kan. dorang sendiri yang kata 1st time datang Kelantan.

pagi tadi pulak kitorang berjalan ke Che Minah Songket. kedai songket yang sangat ekslusif tapi murah dan berpatutan. siap dapat anugerah dari kementerian Kepenggunaan lagi. kat sini aku tengok dorang habis beribu-ribu. yang juru cakap pihak lelaki skali beli sampin songket rm2000. wow! bukan dia nak hulur duit kat aku sikit. grrrrrrrr.kenapa la tadi aku tak ugut dia., hulur pisau ke kan. kan. hahaha. kejam mak!


tu nampa tak bakal pengantin lelaki. baiklah, sila pakai cermin mata bekuasa tinggi
untuk melihat beliau
anddddddd. tengah bosan tahap ayam menuggu telur menentas, aku pun masuk fitting room dia yang agak best then tangkap-tangkap gambar. haha. gambar terlalu seksi untuk diupload so yang ada video je. tapi video tak bersuara la. :P


p/s: aku dah makin berani merakam gambar sendiri. dulu malu-malu ular kucing

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

2 comments

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers