Archive for September 2011

Kedah-rians


posted by Hadri Aziz on , ,

2 comments

Assalamualaikum dan Salam Satu Aiskrim. 

Yumm, sedang menaip sambil makan aiskrim, seksi kan? =.=" hahaha.
Oke, tittle sangat pelik. kan. Kedah-rians? er, biarlah.
Sebenarnya nak cerita tentang apa yang berlaku semenjak semalam. ha, semalam kan ada majlis pertunangan sepupu aku. dia bertunang dengan orang kedah. so 3 buah kereta yang di import dari kedah datang bertandan kat rumah sepupu aku.
oke, bosan kalau cerita saja kan. masa untuk gambar. yaaay! *tepuktepuktepuk tangan aku tahu korang suka. kan. kan. haaaaha

askar pihak lelaki dah sampai. kompang everybedyyy.
pak pak. kom pang kom pang

ni salah satu hantaran askar-askar pihak lelaki. wah. kek bentuk beg LV kot.
sumpah manis semanis gula yang diselubungi semut. er

Bapak aku mewakili askar pihak perempuan. hati-hati, bapak aku
ada application pistol kan iPhone dia. karang kena tembak.!

tu yang kat tengah juru cakap pihak lelaki. say "keju basiiiiiiiiiiiiiii" :D

aku suka gamba mak aku yang ni. comel kan :)

tu dia pengantin. eh? bakal pengantin
tgh cium bakal mak mertua
bla. bla. bla. lepas dah habis program yang serba gilang gemilang, golongan-golongan tua bersembang. ayah aku ajak askar pihak lelaki bejalan-jalan sekitar Kelantan. Pukul 8 malam tu kitorang gerak pergi Wakaf Che Yeh. mwahaha, berbelanja sakan askar pihak lelaki yang datang dari Kedah. bukan selalu kan. dorang sendiri yang kata 1st time datang Kelantan.

pagi tadi pulak kitorang berjalan ke Che Minah Songket. kedai songket yang sangat ekslusif tapi murah dan berpatutan. siap dapat anugerah dari kementerian Kepenggunaan lagi. kat sini aku tengok dorang habis beribu-ribu. yang juru cakap pihak lelaki skali beli sampin songket rm2000. wow! bukan dia nak hulur duit kat aku sikit. grrrrrrrr.kenapa la tadi aku tak ugut dia., hulur pisau ke kan. kan. hahaha. kejam mak!


tu nampa tak bakal pengantin lelaki. baiklah, sila pakai cermin mata bekuasa tinggi
untuk melihat beliau
anddddddd. tengah bosan tahap ayam menuggu telur menentas, aku pun masuk fitting room dia yang agak best then tangkap-tangkap gambar. haha. gambar terlalu seksi untuk diupload so yang ada video je. tapi video tak bersuara la. :P


p/s: aku dah makin berani merakam gambar sendiri. dulu malu-malu ular kucing

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Main Tembak Gambar (PhotoShot) #2


posted by Hadri Aziz on , ,

2 comments

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Sebelum kita ke seri pantas utama yang berseri-seri, aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua warga Malaysia. Tak kira la kita ni beragama apa, kita ni cakap bahasa apa, kita makan apa, kita tidur macam mana, kita gelak mcam mana, kita tetap Satu Malaysia. Malaysia Cemerlang Gemilang Terbilang! sekian *tepuk tangan tepuk tangan

so, kembali ke seri pentas utama. Macam biasa la, semalam tunggu ayah, kebosanan wajib melanda. wuuuuu, ayah datang amik pukul 6 lebih. kawan semua dah balik. tinggal la aku sorang dalam bilik. Semalam tak masuk kelas sebab ada latihan Kadet Polis. tu la, last minutes punya practice, so memang kena struggling gila la. Pagi tu ada latihan Mara Lasak. Nama Mara Lasak tu memang sedap. tapi kena lari jauh weh. Ntah brape kilometrico ntah. aku ni dah la stamina macam anak itik. eh? hahaaa. lepas dah penat lari magai dikejar anjing, ada latihan kawad pulak. yessss, memang aku suka la. kawad macam zombie. tangan kaki dah lenguh sangat. polis tu kata nak suruh berlatih sampai pukul 1. haaaaaaaaaaa, gila. tapi last-last kawad sampai pukul 11.30 je. aku tahu polis-polis semua dah panas kan, kan. haha. 11.30 balik bilik, lepak-lepak kejap, then tidur smpai pukul 2.30. fuh. waktu tengah tidur ni orang lain masih bersekolah. hahahaaa. xD

Tangan = 'L'. Mulut = 'O' hahaaa LOSER

pools of eyes. ecece. apa ntah aku merepek. hahaa =.=

opppss i did it again. *feeling Britney Spears. . 

Saya suka awakkkkk. wak. wak.wak. wakk. !!!

er. ntah =="

Minumlah Mountain Dew untuk kesihatan anda sepanjang hayat.
p/s: syarikat MD tidak membayar apa2 pada saya :D
Dan akhir sekali, saat-saat yang dinantikan. ehem, drum roll pelishhh. ha, aku ada rakam video. bhahahaa. sengal je. video mrepek. takda tujuan langsung. haha. tu la akibat dah bosan sangat. sebenarnya ada rakam banyak video, tapi video ni je yang dapat kelulusan kerajaan. :P


p/s: sekian wabillah hitaufik wa hidayah. :D 

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Moves Like JAGGER


posted by Hadri Aziz on ,

2 comments

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Korang pernah dengar lagu Moves Like Jagger daripada Maroon 5 dan Christina Aguilera? best kan. Rentak dia sangat catchy. Tipu la kalau korang cakap korang tak pernah dengar lagi. oke, kalau ada jugak la kan yang ter-ketingggalan zaman, sila ke Youtube dan cari lagu tersebut. dan kalau korang malas macam panda yang kerja asyik nak tidur atas pokok tapi, tapi dia comelllll kerja nak makan je, korang boleh tekan butang play kat bawah ni. As easy as an ABC. *petik jari =.="


oh, memang aku suka membebel panjang-panjang sebelum ke topik yang sebenarnya, nanti tua macam mana la aku ni. padahal nak cakap pendek je kan. jadi, maka, oleh dengan itu, apa yang aku nak cerita sebenarnya adalah definition JAGGER pada lagu tersebut. korang tak payah cari kat kamus, memang takda. pergi Google je, kalau Google pun payah sikit kan.

Jagger ni sebenar-benarnya nama orang. Mick Jagger. Maroon 5 memberi penghormatan kat Mick Jagger melalui lagu dia. Mick merupakan salah seorang ahli The Rolling Stone. Lagu Moves Like Jagger ni secara keseluruhan nya menceritakan dan memuji gaya dan stail Mick Jagger ketika di atas pentas. Konon-kononnya styloooo la.

Jagger ketika muda
Jagger ketika tua.
Jagger ketika dia mengubah jantina [o.O] serius
pandai edit. hahaha xD

Jagger ketika zaman gay [o.O]

P/S: dah cerita ni korang paham tak ? hahahaaa. Apa-apa pun, gambar di atas ni untuk tujuan hiburan saje. jangan marah dear MJ. :D

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

Google+ Followers