Raya yang paling 'ter-best'


posted by Hadri Aziz on

2 comments

Assalamualikum Salam Satu Merdeka Raya
saje letak gambar berbaju melayu
kat atas bagi membarakan lagi
semangat merdeka raya. 
Nak cerita cetera sedih ketika raya ni. uhuhuh, kalau raya je wajib ada cerita sedih kat TV. Jangan ingat kat TV je, kat blog ni pun ada cerita sedih. Kepada dua tiga orang yang sedang membaca, sediakan tisu disebelah anda. Oh, jangan lupa baldi atau apa-apa untuk menadah air mata suci korang. haha, lawak tak , lawak tak ? haha, Gelak la. Oke, memang tak lawak. Takda la sedih mana, sedih tahap siput je.

Tahun ni raya pertama kat belah mak, kat Kota Bharu, Kelantan. Memang awkward beraya kat sana sebab biasanya raya belah mak kat Machang. Tapi tahun ni nenek aku mengambil keputusan untuk menjadikan rumah anak beliau di KB sebagai markas untuk menyambut hari raya. So as usual, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, *nyanyi. Then pergi solat raya. Dah , tu je cerita Raya 2011. Haha, tak la, then pergi melawat kubur arwah atuk dan bapa sedara ku. Al-Fatihah buat mereka. Serius lawak bila kat kubur tu. ayah sedara aku punya semangat baca Yasin, tetiba datang bapak sedara aku yang lain, dia dah pelik tengok kubur cantik semacam, siap ada mosaic lagi. haha, rupa-rupanya salah kubur. fuhhh~ nasib baik waris kepada arwah dalam kubur tu tak datang, kalau tak sumpah malu. xD kemudian pergi beraya sakan.

ha, ni cerita sedih ni. so, petang tu balik rumah nenek belah ayah kat Ayer Lanas, Kelantan pulak. Sedih gila. Dalam pukul 8 malam cenggitu ah, aku rasa perut ni semacam je. waaa, sakit perut. KERACUNAN MAKANAN. Sanggup mak aku racun aku. Sob. Sob. Sedih kan. *lap hingus. Pagi tadi keluarga aku pergi sambung menziarah sanak saudara berdekatan. Aku tak ikut, merana kesakitan depan laptop sambil online dan bergelak ketawa tengok movie. Bertambah sdih lagi kan. waaaaaaaaaaaa.

Enjoy some photo, santapan mata korang. haha, macam kau ni indah sgt zul, dah la hitam xD
Family potrait. eh takla, itu landscape! (paham x korang? =.=)

Uncle Eron, Aunty Ida, Granma and Mummy. gedik tak panggil aunty, uncle?

Ni raya kat mane ek? haha, penuh poket aku amik gula-gula ni

Ni Aunty Ida. 


Siblingssssssssssss

bersedekah=senyum :D


P/S: Kepada yang tidak membaca lagi perutusan raya aku, sila klik ini. Arigataooo. Bagi yang risau akan perut aku, Alhamdulillah, perut dah oke. So tak payah lagi menangis disebabkan aku sedang merana.ekekek :P

~*Sehingga Jari Bertemu Dengan Papan Kekunci Lagi*~
Zul Hadri Abd Aziz. 

2 comments

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers