Cabut Gigi, Gigi Cabut. =)


posted by Hadri Aziz

Comments Off

Assalamuaikum Salam Satu Gigi. T___T

 

waa, tadi kan, tadi kan, aku pergi cabut gigi.

Mula-mula tu excited gila la nak cabut gigi yang dah berlobang besar ni. Tp tetiba je rasa takut semacam. haha, pengecot doe. Tapi sebenarnya takda la sakit pun.

Mula-mula doktor yang handsome ue tengok-tengok gigi aku. Beliau kata lebih baik tampal. Then dia tgk2 lagi, then dia kata dah tak boleh tampal, besaw sangat lubang ue. huhu. then, then, then. [oke diam T___T]

waktu dokter tengah tengok2 gigi, aku tutup mata,. cehh, penakut betul. bukak je mata nmpak jarum depan mata. mak ai. terus tutup mata balik. doktor cakap “tahan ea sakit ni”.

bahaha, aku dah mengucap banyak-banyak. sedar-sedar doktor tu dah abis cocok. alalalalal, tak sakit la adik-adik sekalian. jangan risau yea. abang ada di sisi mu. eh?

then dokter pun halau aku, suruh duduk luar kejap. best woo, kebas gilo gigi aku ni, takboleh nak bercakap dah tadi. ekeke.

selang dua pesakit jiwa gigi, aku kena panggil balik. ape lagi, operasi cabut gigi mula la. dokter pakai sepana ue nak cabut gigi aku ni. tarik, tarik, tarik, ha, gigi aku dah tercabut. sumpah tak sakit. =)

dokter tanya nak simpan tak gigi ni, aku pergi geleng kepala,. waaaa, aku nakla gigi tu, nak buat kenangan. huhu. aku tergeleng kepala pulak sebab terkejut nampak gigi aku dah tercabut. waaaa, rindu weyh ngan gigi ue. I miss you gigi, I love you gigi. T_____T

tapi kan, nasib baik cabut gigi belakang, kalau cabut gigi depan nanti nmpak sangat la aku dah rongak. kaaan.

 

p/s: kebas tadi x hilang lagi tawuuu. tp naseb baik dah kurang power ranger dia.

Google+ Followers