2011. berat badan dan twitter?


posted by Hadri Aziz on

Comments Off

Salam Terhotmat.


Sebelum aku bebel panjang-panjang, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua yang sedang membaca. Dan buat dunia yang semakin panas dan semakin tua, selamat hari lahir buat mu., eh? dunia ni lahir bila? ok sudah, ni bukan kelas sains, bukan kelas mathematik. Ni tempat orang merapu macam tak hengat dunia.

Kembali ke pentas utama,
Benda pertama sekali yang aku harapkan pada tahun yang teramat mulia ni adalah untuk menurunkan, dan menjaga berat badan aku. wuuu, aku tak nak berlaku lagi kes alat timbang berat badan aku menipu dan mendustakan tuan nya sendiri. tak guna punya alat timbang berat badan. Bunyi agak pelik, ada lelaki nak jaga berat badan, tapi ini lah aku!
nak kurus macam Paris Hilton. boleh kan.?


Kedua, aku nak tweet aku mencecah 10000. ha gilo, tweet sekarang baru 4491 (tepat pukul 1pagi, 1.1.2011) macam mana nak cecah 5 angka. ahaha. mimpi je la Zul Hadri, but nothing is impossible kaaaan. =) [p/s: kepada yang belom mempolow tweet ku, sila buat demikian jika sudi, yang tak sudi duk diam saja]

ketiga, aku nak kahwen. ahaha. abaikan ni. angan-angan semata-mata. umur tak cukup lagi.

keempat, ini saja buat demikian waktu. otak menjadi hitam di malam hari akibat, errr, akibat tahun baru. hotak mu zul, takda kaitan. nanti bila-bila otak menjadi ceria dan segar kembali, akan ku teruskan perjuangan menaip di medan blogger.com. Perjuangan ini akan menumpahkan darah yang bewarna merah, bukan darah yang bewarna biru macam dalam cerita Putera Katak.

sebelum anda memangkah halaman blog ini, jom sama-sama tadah tangan agar 2011 dan tahun seterusnya membawa manafaat dalam kehidupan kita. di samping itu, doakan jugak berat badan aku turun. wakakak


Truly:-
Zul Hadri B Abd Aziz
http://budak-skolah.blogspot.com

Google+ Followers