Awas, makanan itu tak sesuai untuk Kucing anda!


posted by Hadri Aziz on ,

11 comments

Assalamualaikum dan Salam Ceria!

Kucing Birman. spesis bulu separa lebat.

Memang ramai antara kita ni suka masakkan makanan khas untuk kucing-kucing kita, sure ada yang siap masak AyamMasak Merah lagi bagi kucing dia makan kan. Tapi korang tahu tak makanan yang korang bagi tu tak mengandungi nutrien yang seimbang yang diperlukan oleh kucing korang agar beliau sihat sejahtera.
Makanan yang memudaratkan kucing boleh menyebabkan masalah obesiti kegemukan dan sesetengah makanan pulak mampu mengakibatkan masalah kesihatan.
Jangan dipecahkan telur camni
then bagi kucing jilat. jangan!
  • Telur Mentah- boleh menyebabkan kekurangan vitamin biotis yang boleh membawa kepada penyakit dermatitis (masalah kulit), kehilangan bulu, dan pertumbuhan yang terbantut. 
  • Ikan Mentah- sesetengah ikan mentah boleh menyebabkan kekurangan vitamin tiamina yang juga dikenali sebagai vitamin B. Kekurangan vitamin B1 akan menyebabkan daya tahan yang kurang pada kucing.
  • Daging Mentah- berkemungkinan mengandungi parasit. Tambahan pulak kalau bagi daging saje adalah tak mencukupi dan nutrisi yang kucing dapat tak seimbang.
  • Hati Mentah- mengakibatkan ketoksikan vitamin A. (maaf tak jumpe kat Google ape maksud ketoksikan vitamin A, tapi yang penting bahaya!, paham)
  • Tulang-temulang- terutamanya tulang ayam, mana tahu ada tulang tercekik ke nanti, mawu mati kucing korang nanti.
  • Sisa Makanan- boleh menyebabkan kucing jadik cerewet dan menjejaskan kesihatannya. (tapi kucing Zul tak pernah merajuk pun, kan kucing)
  • Makanan Tambahan/Ganjaran- bagi kucing korang yang dah sedia gemuk tu mengikut sukatan yang ditetapkan.! Kalau bagi lebih boleh obesiti pulak kucing nanti,.
  • Susu- boleh menyebabkan cirit-birit sebab kucing tak mampu mencerna laktosa yang terkandung dalam susu. Kalau degil nak bagi jugak, bagi susu khas untuk kucing.
Amaran keras, jangan sekali-sekali bagi kucing
korang minum susu!
Tu je yang aku boleh bagi. Susah payah aku korek maklumat kat Google. tak main lah ciplak-ciplak, copy paste kan. Selamat menjaga kucing-kucing korang yang comel tu ye :)


Truly:-
Zul Hadri B Abd Aziz
http://budak-skolah.blogspot.com

11 comments

Leave a Reply

komen komen komen :D

Google+ Followers